Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 17, 2009

SAMBUTAN HARI LAHIR UMMI KE 28

Makanan yang saya dan suami order di Restoren Laksamana Cheng Ho...
(Hehe macam makan 6 orang)



Saya dan suami dok makan, Najwan lak tertidur keletihan..(",)


Gambar birthday mum yang tengah kenyang..hehe..

Alamak..suamiku termenung sebab dok kira..nak bayar duit makan ni..hehe...(",)

Bersama suami tercinta meraikan bersama Najwan yang sedang tidur..tema saya dan suami hitam putih..tapi Najwan pakai baju hijau sebab dia dah tidur...tak sempat nak tukar baju..(",)



Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada 16 Julai 2009 iaitu semalam (Khamis) saya telah pun berusia 28 tahun. Segala impian dan penceritaan sepanjang 28 tahun ini ada saya nukilkan di http://inspirasihana.blogspot.com, jemput ke sana ye untuk berkongsi cerita. Macam tahun lepas buat pertama kalinya saya menyambut hari lahir sebagai seorang isteri dan tahun ini lebih istimewa apabila pertama kalinya menyambut hari lahir setelah bergelar ibu dan diraikan bersama suami dan anak tercinta. Semalam suami membawa saya dan anak ke sebuah restaurant masakan Cina Muslim yang berada di perkarangan Greentown, Ipoh. Restoren tersebut ialah restoren Laksamana Cheng Ho. Buat saudara mara dan rakan blog yang tinggal berdekatan terutamanya "KAKA YONG" yang selalu komen di blog saya tu..hehe..bolehler singgah makan di restoren tersebut. Memang mahal sikit. Tapi sedap masakannya. Pasti nak pergi lagi.


Kat atas tu ada beberapa gambar yang sempat disnap ketika berkunjung ke restoren tersebut. Suami memesan Lamb Garlic Fried Rice dan Teh Tarik. Saya pula memesan Laksamana Cheng Ho Fried Rice dan Kalian Tiram Souce serta air Honeydew. Banyakkan saya makan..hehe..maklumlah birthday saya..suami pulak tu yang belanja..jadi apa lagi makan ler lebih sikit....Tapi ape boleh buat...banyak sangat makan...tak habis pun...terpaksa makan slow-slow..hehe...



Alkisah tentang Najwan si manjaku ni...waktu malam memang waktu Najwan tidur...Selalunya Najwan akan tidur pada pukul 8.00 malam dan semalam Najwan macam tak nak tidur jadi kami berdua pun bawalah Najwan keluar makan. Masa tu dah pukul 9.00 malam. Akhirnya si manjaku tertidur dalam dakapanku. Hehe..jadi masa makan kat restoren Laksamana Cheng Ho tu, kami pun rapatkanlah dua kerusi dan tidurkan Najwan atas tu. Najwan pun tidur dengan enaknya...agaknya letih sangat kot...dan dapatlah kami makan dengan penuh berselera...hehe..sambil tu saya tengok gak Najwan takut terjatuh...lesak juga Najwan tidur (",)


Alhamdulillah...usia saya telah sampai ke peringkat ini dan saya rasa bersyukur kepada Allah S.W.T di atas segala kurniaanNya. Insya Allah saya bercita menjadi ummu yang terbaik di samping isteri penyejuk hati suami. Ermm...tengah dok tulis ni...tiba-tiba hati saya sayu sangat....saya akan tinggalkan Najwan sekali lagi...kali ini lebih lama..iaitu selama 10 hari...Saya akan mengikuti kursus di Rompin Pahang. Saya doakan Najwan terus ceria dan sihat di samping abinya walau pun saya tiada selama 10 hari mulai 20 hingga 30 Julai 2009 nanti. Najwan..ummi akan sentiasa merindui sayang...(",)

2 comments:

  1. hepi belated besday... muda lagi aiihhh...
    boleh bagi ramai adik lagi kat najwan... :)

    restoren laksamana chengHo tu.. penah lah lalu.. en ayah x mo singgah sbb kwn dia kata, setakat nak makn nasi goreng baik lah kami mkn di kedai makan kwn dia di Silibin.. hheheheheh, murah pun murah, kuantiti pun byk... sedap pun sedap sbb kwn suami tu dulu koje kat kitchen syuen..

    ReplyDelete
  2. heppi besday kak hana..hehe,kite lagi muda dr awk rupa nyer...
    semoga panjang umo..
    betul kata kak yong,nnti kasi Najwan adik ramai2 eh.. =)

    ReplyDelete