Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, February 23, 2010

NAJWAN DAN KISAH TERBARUNYA SETELAH BERUSIA 1 TAHUN 3 BULAN

Asslamaualaikum buat para ibu. ummi dan mama di luar sana.

Lama sungguh saya tidak membersihkan Laman Sesawang Hannakids ini. Di akhir-akhir ini saya sibuk menguruskan bisnes online di Butik Inspirasi di http://inspirasihana.com. Ibu-ibu dijemput bertandang ke sana untuk meninjau-ninjau tudung pilihan anda. Dalam kesibukan itu, saya terus mencari peluang dan ruang untuk mengemaskinikan blog ini. Tiada diari kehidupan anak yang dapat ditulis di tempat lain melainkan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama ibu-ibu di sini.

Pastinya Najwan terus membesar dengan begitu cepat sekali. Tak sangka dah berusia 1 tahun 3 bulan anak ummi ni. Najwan mula berjalan semasa berusia 1 tahun. Dan sekarang telah mula berlari-lari. Ummi dan abinya telah membelikan sebuah basikal mini 3 roda untuk Najwan, dan sekarang Najwan dah mula pandai menggerakkan basikal minya sendiri dan dia begitu seronok sekali dengan basikal mininya, hehe.

Umminya pula sedang mengandungkan adik Najwan yang kini berusia 3 bulan. Nampaknya Najwan masih belum memahami yang Najwan akan mendapat adik pada bulan Ogos nanti, iaitu pada bulan Ramadhan 1431 hijrah insya Allah. Ummi dan abbi berharap Najwan menyayangi adiknya dan dapat bermain-main dengan adiknya nanti macam mana ummi dan abi begitu menyayanginya.

Dalam tempoh setahun lebih kebelakangan ini, begitu banyak cerita dan dugaan yang menimpa Najwan. Ada pahit dan manis. Semasa Najwan berusia setahun, ummi dan abi menghantar Najwan ke "Nursery" selama dua bulan dan dalam tempoh dua bulan itu, Najwan sering demam dan cirit birit. Akhirnya Doktor menasihatkan supaya mencarikan pengasuh untuk Najwan kerana Najwan tidak sesuai dengan suasana di "Nursery" tersebut, terlalu banyak sakit berjangkit walaupun suasananya bersih. 

Kini Najwan telah 3 minggu dijaga oleh Pengasuhnya. Pengasuh yang dipanggilnya "Mak" begitu menyayangi Najwan. Malah Najwan mempunyai kawan sepermainan lain iaitu cucu pengasuh tersebut yang juga seorang bayi lelaki bernama Aiman berusia 7 bulan. Setiap pagi dan petang Najwan akan dibawa bersiar-siar oleh pengasuhnya. Patutla sekarang ni Najwan dah pandai asyik nak berjalan ke luar je..hehe, lepas mansi pagi dan petang je mesti dia pergi ke arah pintu dan tujuk kat ummi dan abinya "kasut Najwan" yang berkelip-kelip untuk dipakai semasa bersiar. Sekarang ummi tinggalkan sepasang kasut Najwan di rumah Pengasu dan ummi beli baru untuk berjalan -jalan di rumah pula....Najwan begitu gembira setiap kali dapat berjalan keluar dan bermain-main di luar.

Semoga Najwan terus membesar dengan sihat dan ceria dan sentiasa dilundungi Allah selalu. Ummi juga mendoakan adik Najwan dalam kandungan ummi juga cerdik dan dilindungi Allah selalu macam Najwan. Insya Allah. (",) Kisah Najwan akan diceritakan lagi pada penulisan ummi yang akan datang...Ibu-ibu juga dijemput bertandang ke Laman Inspirasi di http://inspirasihana.blogspot.com dan juga Butik Online ummi di http://inspirasihana.com untuk memilih pelbagai jenis tudung yang memenuhi citarasa ummi-ummi dan mama-mama di luar sana. (",) Selamat Berkunjung...

2 comments:

  1. salam suka baca kak hana nya blog..adik akak firdaus yg kenalkan blog ni..saya akan menjadi follower akak..isteri adham

    ReplyDelete
  2. UmmuDarwish....Terima Kasih ...boleh klik join follow blog akak..jemout juga ke http://inspirasihana.blogspot.com ye...semoga kita dapat berkongsi pengalaman sebagai ibu (",) dan muslimah (",)

    ReplyDelete