Dipetik dari: AnakkuSayang.Com
Bayi sangat mudah untuk belajar membaca. Kerana proses mengajarnya adalah seolah permainan yang digemarinya. Anak kedua saya, Muhammad memang ternanti-nanti waktu membaca. Sehingga kadangkala, dia sendiri datang sambil memberi kepada saya buku untuk dibaca. Namun, ingat! Empat perkara di bawah adalah perkara yang mesti dielakkan ketika mengajar anak membaca.
1. Jangan Harapkan Hasil yang Serta Merta
Tak kira berapa pun umur bayi, kadangkala kita ingin melihat hasil yang memberangsangkan sebaik sahaja kita selesai mengajarkan anak membaca. Hal ini biasanya berlaku ketika ibu mengajarkan anak yang berumur sekitar 1 hingga 3 tahun. Anak sudah mula pandai bercakap, sudah tentu kita ingin lihat apa yang anak dapat belajar sepanjang seminggu pengajaran bermula.
Seminggu adalah singkat. Jika ibu benar-benar mengajar anak dengan waktu yang ditetapkan, lebih kurang beberapa bulan, barulah anak akan mula menunjukkan hasil yang anda tidak sangkakan. InsyaAllah. Tak perlu terburu-buru melihat hasil, akan tetapi teruskan mengajar anak dengan masa yang disiplin!
2. Jangan Gunakan Huruf Bersaiz Kecil
Ha! ingat tu, bukan huruf kecil, huruf yang bersaiz kecil. Tidak kiralah program apa yang digunakan, samada Flash Card, sebarang buku, atau tulisan sendiri, cubalah untuk membesarkan tulisan. Memandangkan penglihatan bayi anda masih belum terbentuk dengan baik, ibu mesti menggunakan huruf bersaiz besar. Jangan samakan Flash Card pelajar tadika dengan Flash Card bayi. =)
Lebih mudah jika anda dapat menulis sendiri di atas papan putih yang kecil dan boleh dipadam. Pastikan tulisan huruf kecil dan bersaiz besar.
3. Jangan Mengarahkan Bayi Anda Membaca Untuk Anda
Ibu mana yang tidak gembira melihat anak mula menunjukkan hasil setelah penat lelah mengajarkannya. Kebiasannya, ibu mula tersalah langkah pada peringkat ini, kemudian mula menampakkan yang anaknya sudah tidak gemar untuk belajar membaca lagi. Kesilapannya adalah pada ayat:
“Ini ape?” sambil menunjukkan satu perkataan.
“Cuba teka? Macam mana bunyi perkataan ini?”
Sebenarnya, anak-anak tidak suka diuji! Mengapa? Kerana mereka tidak sukakan kegagalan yang meruntuhkan semangat.
Untuk melihat sejauh mana anak anda mula mengenal perkataan, anda boleh menggunakan cara lain. Contohnya, tunjukkan 2 perkataan, kemudian anta tanyakan pada anak, “bola yang mana ye…?”. Atau dengan cara yang sangat tersirat, “Mana bola ni… yang ni ke, yang ni ke???” sambil tunjuk-tunjuk perkataan. Kan berbeza daripada tanya anak ini bunyi apa dan macam mana bunyi perkataan ini. Ingat! Anak kecil tidak suka diuji.
4. Jangan Jadikan Masa Belajar Sebagai Masa yang Tidak Efektif
Bayi anda belajar membaca kerana mereka fikir ia adalah permainan yang menggembirakan. Ia akan menjadi seronok dengan layanan dan teknik yang digunakan oleh ibu. Oleh sebab itu, tunjukkan keseronokan anda ketika mengajar anak membaca. Jika anak mula menunjukkan rasa kurang senang, letih, bosan atau tidak selesa, segera hentikan pembelajaran. Ingat! pastikan bayi anda dalam mood gembira ketika belajar.
No comments:
Post a Comment