Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 9, 2009

PENGALAMANKU SEMASA ANAK DEMAM
















Alhamdulillah ...Najwan dah semakin sihat...sekarang Najwan telah berusia 4 bulan 2 minggu. Sebelum ini Najwan tak pernah demam, mungkin juga sebab saya menyusukan Najwan walau pun saya bekerja.


Walau bagaimanapun semasa Najwan telah berusia 3 bulan Najwan telah jarang menyusu dan hanya mahu menyusu botol je...Saya agak sedih dan hampir berputus asa. Mungkin sebab Najwan semakin membesar dan susu makin kurang jadi Najwan tidak mahu lagi menyusu saya sehinggakan 2 minggu lepas Najwan diserang demam panas dan sakit mulut.




Saya menjadi sangat risau dan membawa Najwan ke Klinik bersama suami. saya mengambil cuti 2 hari untuk menjaga Najwan dan cuba menyusukan Najwan walaupun terpaksa memaksa Najwan menyusu saya. Pada mulanya Najwan menangis kerana tak mahu menyusu. Lama kelamaan Najwan menyusu juga, saya sungguuh terharu sebab Najwan mula menyusu saya semula. Tanpa saya sedar, air mata saya berderai ke pipi. Saya terpaksa memaksa Najwan menyusu kerana saya yakin khasiat susu ibu yang dapat memberikan antibodi yang kuat kepada bayi.


Besar hikmahnya, walau pun Najwan tak sihat dan langsung tak boleh menyusu botol disebabkan Najwan terkena sakit mulut, tapi alhamdulillah, sejak hari itu, najwan telah menyusu saya sehingga sekarang. Alhamdulillah.


Semasa anak demam, Najwan asyik menangis sebab tak selesa tidur dan hampir setiap malam saya berjaga. Saya mula memikirkan ibu saya ketika membesarkan saya dan adik-adik saya yang lain, sungguh sabar dan besar pengorbanan seorang ibu. Walau pun saya letih dan sedih, tapi setiap kali saya teringatkan pengorbanan ibu, saya terus bersemangat menjaga anak hingga sihat. Saya yakin, semua ibu di luar sana mempunyai pelbagai pengalaman menjaga anak yang tak sihat kan.


Alhamdulillah sekarang najwan dah kembali sihat dan ceria, tapi saya pula terkena selsema dan hampir demam. Cepat-cepat saya carikan ubat takut anak terkena jangkitan...hehe....gelabah juga.


Sekarang Najwan semakin ceria dan montel dan dah pandai meniarap, terhibur rasa hati...(",)

2 comments:

  1. salam..smoga najwan sihat walafiat..najwan jgn nangis lg ye...jd anak yg soleh.

    ReplyDelete
  2. Najwa, terima kasih doakan Najwan (",)Jangan lupe masukkan link ni dalam blog Najwa..hehe

    ReplyDelete