Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 1, 2011

7 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG







7 kaedah mendidik anak cemerlang dr Dr Fadzilah Kamsah...=)
-Kaedah pesanan dan arahan.
-Kaedah Bercerita
-kaedah Soal jawab
-Kaedah merujuk pengalaman lalu
-Kaedah nasihat dan teguran
-Kaedah bermain dan bergurau
-Kaedah latihan yang berterusan
_____________________________________________________________
1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. kaedah Soal jawab
Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Monday, October 24, 2011

4 Perkara Yang Perlu DiElakkan Ketika Mengajar Anak Membaca


Dipetik dari: AnakkuSayang.Com
Bayi sangat mudah untuk belajar membaca. Kerana proses mengajarnya adalah seolah permainan yang digemarinya. Anak kedua saya, Muhammad memang ternanti-nanti waktu membaca. Sehingga kadangkala, dia sendiri datang sambil memberi kepada saya buku untuk dibaca. Namun, ingat! Empat perkara di bawah adalah perkara yang mesti dielakkan ketika mengajar anak membaca.
1. Jangan Harapkan Hasil yang Serta Merta
Tak kira berapa pun umur bayi, kadangkala kita ingin melihat hasil yang memberangsangkan sebaik sahaja kita selesai mengajarkan anak membaca. Hal ini biasanya berlaku ketika ibu mengajarkan anak yang berumur sekitar 1 hingga 3 tahun. Anak sudah mula pandai bercakap, sudah tentu kita ingin lihat apa yang anak dapat belajar sepanjang seminggu pengajaran bermula.
Seminggu adalah singkat. Jika ibu benar-benar mengajar anak dengan waktu yang ditetapkan, lebih kurang beberapa bulan, barulah anak akan mula menunjukkan hasil yang anda tidak sangkakan. InsyaAllah. Tak perlu terburu-buru melihat hasil, akan tetapi teruskan mengajar anak dengan masa yang disiplin!
2. Jangan Gunakan Huruf Bersaiz Kecil
Ha! ingat tu, bukan huruf kecil, huruf yang bersaiz kecil. Tidak kiralah program apa yang digunakan, samada Flash Card, sebarang buku, atau tulisan sendiri, cubalah untuk membesarkan tulisan. Memandangkan penglihatan bayi anda masih belum terbentuk dengan baik, ibu mesti menggunakan huruf bersaiz besar. Jangan samakan Flash Card pelajar tadika dengan Flash Card bayi. =)

Lebih mudah jika anda dapat menulis sendiri di atas papan putih yang kecil dan boleh dipadam. Pastikan tulisan huruf kecil dan bersaiz besar.
3. Jangan Mengarahkan Bayi Anda Membaca Untuk Anda
Ibu mana yang tidak gembira melihat anak mula menunjukkan hasil setelah penat lelah mengajarkannya. Kebiasannya, ibu mula tersalah langkah pada peringkat ini, kemudian mula menampakkan yang anaknya sudah tidak gemar untuk belajar membaca lagi. Kesilapannya adalah pada ayat:
“Ini ape?” sambil menunjukkan satu perkataan.
“Cuba teka? Macam mana bunyi perkataan ini?”
Sebenarnya, anak-anak tidak suka diuji! Mengapa? Kerana mereka tidak sukakan kegagalan yang meruntuhkan semangat.
Untuk melihat sejauh mana anak anda mula mengenal perkataan, anda boleh menggunakan cara lain. Contohnya, tunjukkan 2 perkataan, kemudian anta tanyakan pada anak, “bola yang mana ye…?”. Atau dengan cara yang sangat tersirat, “Mana bola ni… yang ni ke, yang ni ke???” sambil tunjuk-tunjuk perkataan. Kan berbeza daripada tanya anak ini bunyi apa dan macam mana bunyi perkataan ini. Ingat! Anak kecil tidak suka diuji.
4. Jangan Jadikan Masa Belajar Sebagai Masa yang Tidak Efektif
Bayi anda belajar membaca kerana mereka fikir ia adalah permainan yang menggembirakan. Ia akan menjadi seronok dengan layanan dan teknik yang digunakan oleh ibu. Oleh sebab itu, tunjukkan keseronokan anda ketika mengajar anak membaca. Jika anak mula menunjukkan rasa kurang senang, letih, bosan atau tidak selesa, segera hentikan pembelajaran. Ingat! pastikan bayi anda dalam mood gembira ketika belajar.

Friday, October 7, 2011

Seronok melihat perkembangan anak-anak yang kian membesar..

Assalamualaikum semua...lamanya saya tidak menulis di blog ni..dah berhabuk rupanya...hari ni tergerak hati saya untuk menulis semula di blog untuk anak2 ku ini...hehe...

Alhamdulillah...Najwan dah hampir 3 tahun....dah pandai jaga adik, pandai bergaya..pandai cakap..dan pandai menjawab yang kita sendiri unexpected jawapannya..hehe..dan skrg tengah belajar membaca , melukis dan menulis...

Insyirah pula fully breastfeeding, alhamdulillah berjaya secara eklusif walau pun penuh dengan cabaran...Insyirah pula manja macam najwan juga, sekarang dah pandai berjalan,.berlari, belacar cakap, dah pandai sebut "Cat"kucing, nah, nak, ambik tapi ummi ngan abi je belum pandai panggil lagi..huhu..geram ni.."cat kucing"  pula pandai sebut..,,hehe

Dan inilah wajah2 comel anak2 ummi yang semakin cerdik dan membesar..hehe..setiap kali ummi stress di tempat kerja....bila balik ofis je , lepas ummi ambil Najwan dan Insyirah di "school" nursery mereka..hilang semua rasa penant dan letih  apabila memeluk dan mencium mereka..sungguh Allah memberikan rahmat kasih sayang kepada ibu dan anak-anak..terima KAsih Allah keranan memberikan kami rezeki anak-anak...Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..ameen..






 Sayang sangat untuk Najwan dan Insyirah..mmmuuaaahh (",)

Monday, February 14, 2011

INSYIRAH BERJAYA BF UMMI SECARA EXCLUSIVE SELAMA 6 BULAN LEBIH KINI ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum....



Sungguh terharu,,,syukur pada yang Esa..berjaya susukan Insyirah selama 6 bulan lebih..alhamdulillah... nanti saya sambung lagi cerita yerk.

Thursday, November 25, 2010

HARI-HARI YANG SIBUK BERSAMA DUA CAHAYA HATI







Assalamualaikum semua.....

Nampaknya sudah berhabuk laman sesawang anakku ini. Lepas bersalin pada 25 Julai yang lalu, hari-hariku menjadi bertambah sibuk setelah mempunyai dua cahaya hati yang sungguh manja dan comel, hik hik. Hari-hari yang dilalui bertambah ceria dengan keletah kedua-dua cahaya hatiku ini. Walau pun tanggungjawab dan komitmen sebagai ibu bertambah berat. Namun hilang rasa letih ini bila terpandangkan dua cahaya hatiku.

Hari berganti hari, Muhammad Zakir Najwan iaitu putera sulungku telah mencapai umur dua tahun pada 24 November 2010 iaitu semalam. Insya Allah sambutan hari lahir dan doa selamat akan diadakan di rumah mertua pada hari esok kerana hari lahir abi chunya pula pada 25 November 2010. Insya Allah akan disambut sekali dengan ulang tahun perkahwinan ku pada 30 November 2010 ini.

Nurul Insyirah Annadhirah pula telah berusia 4 bulan. Alhamdulillah puteriku ini telah belajar meniarap . Asyik nak meniarap je sekarang ni, hehe. Dan anak kedua kali ini, ummi telah bertekad untuk menyusu badan sepenuhnya. Alhamdulillah setakat ni berjaya dengan kekuatan yang diberi Allah. Setiap hari ummi akan buat stock susu untuk Insyirah. Di ofis juga mengambil sedikit masa untuk membuat stock susu. Alhamdulillah, dan kelebihan menyusu baby ni, ramai yang cakap ummi bertambah slim. dan memang betul pun, ummi timbang dah 50 kg..dulu sebelum melahirkan anak kedua, berat asal asyik 54 kg je tak nak turun2 hehe. Semoga maintainla hendaknya.


Najwan yang berusia 2 tahun sehari dah pandai cakap sebutir sebutir dan semakin jelas perkataannya. Hehe, tengah seronok bercakap ni. Hari-hari nak bercerita dengan ummi, abi dan adiknya.Insyirah pula dok belajar meniarap. Alhamdulillah. Seronok melihat perkembangan anak-anak membesar, Hati ummi menjadi berbunga-bunga setiap hari, hehe. Ya Allah berikan yang terbaik untuk anak-anakku.Insya Allah

Thursday, July 15, 2010

HADIAH-HADIAH UNTUK PARA PEMENANG RUMAHKU SYURGAKU CONTEST

Assalamualaikum Para Pemenang Contest Rumahku Syurgaku...

Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya!!! Yang Tidak berjaya cuba lagi ye!!
Hadiah-hadiah adalah tajaan Butik Inspirasihana di http://inspirasihana.com

Ini adalah hadiah-hadiah untuk peserta -peserta yang berjaya. Maaf penghantaran hadiah sedikit terlewat kerana saya masih mengumpul alamat-alamt para pemenang yang belum memberikan alamat kepada saya. Walau bagaimana pun saya telah "Pack"semua hadiah ini dan menghantar secara pos laju pada hari Khamis 15 Julai 2010. Nantikan ye....bila dah terima mesejkan pada saya. Terima KAsih. Kepada para pemenang yang masih lagi belum menghubungi saya , sila berbuat demikian dengan segera bagi tujuan penghantaran hadiah-hadiah ini. Terima KAsih.

Hadiah Pemenang Pertama ialah Tudung Melati Diamond warna Light Purple (saya mengikut tudung pilihan pemenang-hadiah adalah mengikut stok yang ada ye (",)  dan kerongsang besar yang cantik sama warna dengan tudung..hehe ..semoga Puan Suzi suka ye..(",)






Hadiah Tempat Kedua : Puan Farhanin Abdullah (Hadiah ialah tudung amanda pilihan beliau tetapi warna hitam kelabu yang ada dalam stok..boleh ye..boleh pakai dengan banyak baju..dan saya bagi juga sepasang kerongsang sederhana) Semoga Puan Hanin suka ye...






HAdiah bagi tempat ketiga ialah milik Puan Nida iaitu berupa sepasang kerongsang berharga RM20.00. Semoga anda suka (",)





Dan hadiah berikut ialah hadiah-hadiah untuk 3 pemenang saguhati iaitu:-

(1) Puan Nur Aida Mustapha -sepasang kerongsang sederhana warna pink
(2) Cik Mardhiyyah Ridzuan - sepasang kerongsang sederhana warna putih
(3) Puan AIni NAbihah binti Arip - sepasang kerongsang sederhana warna hijau



Tahniah kepada semua pemenang. HAdiah-hadiah ini adalah milik anda (",) Terima KAsih kepada semua peserta yang telah menyertai Contest Rumahku Syurgaku ini. Semoga ukhuwwah kita berkekalan ye...(",)

Sunday, July 11, 2010

PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN RUMAHKU SYURGAKU

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah Contest Rumahku Syurgaku telah berjaya dilaksanakan bermula dari 8 Mei 2010 hingga 8 Julai 2010. Terima Kasih kepada semua peserta yang memberikan gambar-gambar yang kreatif untuk saya dan beberapa juri lain menilai. Walau pun Contest ini telah dibuka selama 2 bulan, namun saya hanya menerima 16 penyertaan sahaja dari ibu-ibu dan sahabat-sahabat di luar sana. Mungkin Contest yang julung-julung kali diadakan ini agak sukar dari segi pemilihan gambar keluarga bahagia..hehe..namun begitu tahniah kepada para pemenang dan peserta-peserta yang terpilih menyertai Contest ini dan terima kasih kepada sokongan anda untuk menyertai contest ini dan sekarang tibalah masanya untuk saya mengumumkan para pemenang dan saya uploadkan gambar-gambar yang telah berjaya di dalam Contest ini.

Perhatian kepada pemenang-pemenang, sila mesejkan nama penuh dan alamat  anda kepada saya HANNA di talian 019-6499553 bagi urursan penghantaran hadiah kepada para pemenang. Tahniah kepada yang berjaya, dan yang tidak berjaya boleh cuba lagi, saya sangat menghargai komitmen anda menyertai Contest ini. Semoga perkenalan ini berpanjangan. Terima Kasih juga kepda Penaja rasmi hadiah bagi Rumahku Syurgaku ini iaitu Butik Inspirasihana. Anda bleh melayari website Butik Inspirasihana di http://inspirasihana.com untuk membeli tudung-tudung dan pelbagai aksesori wanita muslimah secara online. Nikmati juga promosi raya tidak lama lagi....


Jeng..jeng..jeng..ok saya nak umukan hadiah-hadiah dulu...suspen ni..hehe..

ok hadiah-hadiah bagi para pemenangtajaan Butik Inspirasihana (http://inspirasihana.com) ialah seperti berikut:

Tempat Pertama: Hadiah tudung dan Kerongsang yang berharga RM20.00
Tempat Kedua     : Hadiah tudung.
Tempat Ketiga     : Hadiah kerongsang yang berharga RM20.00
3 hadiah saguhati yang masing-masing akan membawa pulang sepasang kerongsang yang berharga RM10.00


PARA PEMENANG: Perhatian kepada pemenang-pemenang, sila mesejkan nama penuh dan alamat  anda kepada saya HANNA di talian 019-6499553 bagi urursan penghantaran hadiah


Dan Pemenang Tempat Pertama ialah..MAMA ZHARFAN 


Klik di sini untuk ke blog beliau . TAHNIAH Puan Suzi Fadhilah Ismail.



Pemenang Tempat Kedua ialah ANIN


Klik di sini untuk ke blog beliau. Tahniah kepada Farhanin Abdullah.


Pemenang Tempat Ketiga ialah NISAJIJAH


Klik di sini untuk ke blog beliau. Tahniah Puan Nida.


Hadiah-hadiah saguhati pula ialah seperti berikut:-


Tahniah  Puan Nur Aida Mustapha.




Tahniah Mardhiyyah Ridzuan.




Tahniah Puan Aini Nabihah Arip.


Tahniah kepada semua peserta Contest yang berjaya. Ssmua gambar-gambar di atas telah dipilih oleh 6 juri yang dipilih. Alhmdulillah saya selesai menjalankan tanggungjawab saya untuk mengumumkan para pemenang pada masa yang telah ditetapkan. Saya tidak akan mebuat para peserta tertunggu-tunggu siapakah pemenang -pemenangnya. Kepada para pemenang, hadiah akan sampai kepada anda dalam 5 hari waktu berkerja .Insya Allah. Anda diminta mesej kepada saya nama penuh dan alamat penuh anda sebaik sahaja mendapat berita ini bagi tujuan penghantara. Terima Kasih dari HANNAKIDS dan BUTIK INSPIRASIHANA. INsya Allah kami akan mengadakan lagi contest menjelang Ramadhan nanti.....tunggu....jadilah Fans di Facebook Butik Inspirasihana dan anda akan menerima berita-berita terkini menjelang syawal nanti. INsya Allah.

Saturday, May 8, 2010

RUMAHKU SYURGAKU CONTEST JOM JOIN RAMAI-RAMAI

Assalamualaikum...alhamdulillah..dapat juga saya menganjurkan contest setelah menunggu peluang ini.Contest ini diadakan bagi tujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan semoga kita dapat bertukar ilmu dan pengalaman antara satu sama lain. Selain itu ia bertujuan untuk menghargai jasa ibu dan ahli keluarga anda..(",) Kerana hadiah yang ditawarkan sangat sesuai untuk kaum wanita.

CONTEST INI AKAN DIADAKAN DARI 8 MEI 2010
 HINGGA 8 JULAI 2010

Banner created with MyBannerMaker.com





Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:-

1. Anda dikehendaki copy dan paste banner di atas di side bar blog anda dan link kan   sekali ye.

2. Anda diminta menjadi follower di blog berikut ye (boleh tambah kenalan,hehe):-
   (a) http://hannakids.blogspot.com
   (b) http://inspirasihana.blogspot.com
   (c) http://inspirasihana.com
   (d) http://belikerongsang.blogspot.com

   Terima kasih jadi follower saya..(",)

3. Anda diminta upload sekeping gambar keluarga anda yang menunjukkan gambar     keluarga bahagia mengikut kerativiti anda (",)dan ceritakan serba sedikit berkenaan gambar tersebut. (",)  

4. Letakkan nama penuh dan alamat email anda di bawah gambar berkenaan (bagi     memudahkan penghantaran hadiah dibuat (",)

5. Kemudian,tinggalkan komen anda di entri ini dan link kan sekali ke blog anda yang     menyatakan anda menyertai contest ini ye. Senangle hakim nak tengok nanti, hehe.

6. Contest ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang telah berkahwin atau    masih bujang. (",)

7. HADIAH MENARIK MENANTI ANDA DAN ANDA BOLEH MEMILIH HADIAH-HADIAH    BERUPA TUDUNG DAN KERONGSANG INI UNTUK ANDA SENDIRI,UNTUK IBU ANDA    (JIKA ANDA MASIH BUJANG) ATAU UNTUK ISTERI ANDA (JIKA ANDA SEORANG    PESERTA LELAKI).PILIHAN TUDUNG & KERONGSANG ANDA ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

(a) Pilihan Tudung : Anda boleh pilih di http://inspirasihana.com
(b) Pilihan Kerongsang : Anda boleh pilih di http://belikerongsang.blogspot.com


(Nota: Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membuat pilihan di atas,anda boleh sms saya di talian 019-6499553).(",)

Dan anda juga diminta meninggalkan pesanan pilihan anda bersama komen anda di  entri iini. Contohnya : " Hanna, saya dah join contest awak, jemput ke blog saya di http://hannakids.blogspot.com. Tudung Pilihan saya ialah Bahiyah Twin Kod B11 dan Kerongsang Kod BB) warna merah. Terima Kasih ye..(",)- Nurul


OK ITU SAJA SYARATNYA... MUDAHKAN..PENYERTAAN TELAH DIBUKA, JOMLA JOIN BERAMAI-RAMAI. MUNGKIN TUDUNG DAN KERONGSANG KEGEMARAN ANDA AKAN MENJADI MILIK ANDA. BERSAMA KITA NANTIKAN YE...TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYERTAI CONTEST INI. SEMOGA KITA DAPAT BERTUKAR ILMU DAN PENGALAMAN PADA MASA-MASA AKAN DATANG YE...(",) SEMOGA KELUARGA KITA TERUS DIRAHMATI ALLAH DAN MENJADI KELUARGA YANG BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 5, 2010

MENDIDIK ANAK-ANAK SECARA BERHIKMAH



SAYA INGIN BERKONGSI SEBUAH ARTIKEL DENGAN PARA IBU BERKENAAN PENDIDIKAN KE ATAS ANAK-ANAK SECARA BERHIKMAH YANG SAYA TERIMA MELALUI EMAIL (",) SEMOGA DAPAT DIMANFAATKAN BERSAMA ...INSYA ALLAH

Ia merupakan antara tulisan terpenting yang menerangkan konsep pendidikan. Mudah-mudahan ianya bermanfaat buat para ibubapa dalam usaha mendidik anak-anak menjadi manusia yang berjaya.


Boleh lihat komen-komen mengenainya di sini :
------------------------------------------------------
Suatu pepatah arab ada mengatakan “al-insan abdul ihsan”, manusia itu adalah hamba kepada kebaikan. Semua orang suka kepada orang yang bersikap baik padanya dan benci pada orang yang bersikap buruk padanya. Siapa pun dia.

Jiwa seseorang memang lebih menggemari berbuat sesuka hati dan mengikuti perasaan mereka. Kalau perkara ini tetap terjadi pada seorang yang sudah pun boleh berfikir dengan waras, apatah lagi kanak-kanak yang baru setahun jagung usianya.

Bayangkan diri kita di pejabat. Pagi itu kita sampai lambat ke pejabat kerana ada sedikit kekecohan yang berlaku di rumah. Tiba di pejabat, bos panggil masuk ke dalam bilik dan memarahi kita dengan suara yang kuat. semua orang dengar. Memang salah kita kerana datang lambat, tetapi hati kita tetap menanamkan perasaan benci terhadap bos yang memarahi kita tadi.

Tukar keadaan itu, bos kita panggil kita masuk ke bilik, pintu bilik di tutup. Bos menghulurkan secawan kopi. Bos kita kemudiannya bertanya dengan lembut akan sebab mengapa kita terlewat datang ke pejabat. Kita memberikan alasan. Bos menerima alasan tersebut. Bos kemudiannya bercerita dengan lembut akan kesan kedatangan kita yang lambat ke pejabat terhadap syarikat dan motivasi kawan-kawan kita yang lain. Bos kemudiannya meminta kita agar cuba sedaya-upaya untuk datang awal pada hari-hari berikutnya.

Bagaimana perasaan anda jika bos anda melakukan yang demikian?

“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik…” (an-nahl:125)

Ajak anak kepada perubahan diri menggunakan kaedah yang berhikmah dan nasihat yang baik. Sehingga anak terdidik dengan rasional, sopan santun, akhlak, budi pekerti, dan semangat berbuat baik yang datang dari dalam diri, bukannya perlu dipaksa-paksa dan dimarah-marah.

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kalian kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut” (thaha:43-44)

Kepada Firaun yang begitu zalim pun Allah menyuruh Nabi Musa dan Harun untuk berbicara dengan lemah lembut, apatah lagi dengan anak sendiri? Bagaimana Musa berkata kepada Fir’aun?

“Dan katakanlah (kepada Firaun), “Adakah kamu mempunyai keinginan membersihkan diri dan aku akan menunjukkan padamu jalan menuju kepada Tuhanmu supaya engkau takut kepadanya.”" (an-Naziat:18-19)

Begitulah yang diajarkan di dalam islam. Memang caranya lebih susah berbanding menggunakan kuasa marah, akan tetapi sangat menyenangkan untuk jangka masa yang panjang di hadapan.


SELAMAT MENJADI IBU BAPA YANG PENYAYANG DAN PENUH HIKMAH (",)

Tuesday, April 27, 2010

TIPS MEMILIH PERMAINAN YANG SELAMAT UNTUK BAYI


Assalamualaikum...
Beberapa minggu lepas sewaktu sedang bersarapan saya tertarik menonton MHI (Malaysia Hari Ini) di TV3. Topik yang dibincangkan ialah bagaimana memilih mainan yang selamat untuk bayi.
Antara tips yang diberikan untuk memilih permainan yang selamat terutama bagi bayi dan kanak-kanak dibawah umur 3 tahun ialah :
  • Pastikan mainan yang dibeli tidak mudah tanggal dan patah terutama dari kesan hentakan dan tarikan. Periksa bahagian mainan seperti hidung, mata (bagi anak patung atau teddy bear) dan bahagian yang bercantum dilekatkan dengan kuat dan tidak mudah tanggal.
  • Elakkan dari memberikan bayi mainan yang bertali. Anda boleh bayangkan sendiri kalau tali tu terbelit kat leher atau tangan bayi…hhhmmm…
  • Elakkan dari membeli mainan yang dibuat dari plastik yang nipis kerana ia mudah patah dan pecah. Biasanya mainan macam ni bila dah patah, bahagian yang patah tu tajam dan boleh melukakan bayi.
    • Jika anda membeli mainan yang boleh dipicit atau ditekan untuk mengeluarkan bunyi, pastikan ia lebih besar dari mulut bayi anda. Almaklumlah budak-budak suka masukkan barang dalam mulut. Kalau mainan tu besar payah lah dia nak sumbat dalam mulut.
      Bercerita tentang mainan yang mengeluarkan bunyi ni, seorang pemanggil telah bercerita bagaimana mulut anaknya berbunyi seperti ada sesuatu tersekat dibahagian tekaknya. Selepas berjumpa doktor dan buat pemeriksaan, didapati ada benda kecil kat tekak bayi. Lepas berjaya dikeluarkan rupa-rupanya anaknya tertelan wisel kecil yang terdapat dalam party blower (tak tau dalam bahasa dipanggil apa ye…). Gambar mainan ni ada dibawah… memang biasa dibelikan oleh ibu bapa bila buat birthday party untuk anak-anak. Budak-budak pun memang suka kalau dapat blower ni.
      • Akhir sekali, jangan biarkan bayi bermain sendirian. Pastikan ada orang dewasa disisi bayi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini.
      Sumber Artikel dipetik dari www.bengkungmoden.com

      Thursday, April 15, 2010

      CONTEST MY IMAN FIRST GIVE AWAY

      Assalamualaikum semua....
      wah nampaknya ummi Najwan ni semakin bersemangat menyertai contest mama-mama ni sebabnya boleh menambahkan kenalan, bertukar ilmu dan pengalaman dengan mama , ibu dan ummi semua...hehe..satu lagi contest yang Najwan join adalah contest di bawah ini. Jom kita join ramai-ramai (",)
      Anda boleh klik di sini untuk menyertai contest KLIK UNTUK JOIN CONTEST

      'Create

      Gambar di atas adalah banner yang ditampal untuk contest kali ini...(",) 
      dan gambar di bawah adalah gambar Najwan yang demam ...
      Semoga Iman cepat sembuh dan dilindungi Allah selalu ya..
      Ummi sertakan doa untuk Najwan untuk gambar di bawah seperti berikut (",)



      Nama: Muhammad Zakir Najwan bin Mohd Nabil Majdi
      Gambar diambil ketika berusia : 8 bulan
      Umur sekarang : 1 tahun 4 bulan 2 minggu
      Panggilan untuk ibu: Ummi

      DOA
      Ya Allah Yang Maha Pengasihani Lagi Maha Penyayang
      Tiada dayaku untuk memohon pertolongan melainkan hanya padaMu Ya Allah
      Berikanlah kesihatan yang baik kepada anakku
      Semoga anakku sentiasa sihat, dilindungi olehMu dari segala bencana 
      dan  membesar dengan ceria
      Sekiranya ini adalah ujian untukku bagi menambahkan keimanan kepadaMu Ya Allah
      Maka cekalkan hatiku untuk menempuh ujian ini dengan sentiasa bergantung kepadaMu
      Sesungguhnya engkau Yang Mendengar doa-doa hambaMu..
      Maka makbulkan Ya Allah
      Jadikanku ibu yang sabar dan redho
      Cekalkan hatiku untuk meneruskan kehidupan ini demi anakku Ya Allah
      Semoga anakku sentiasa sihat dan dilindungi olehMu Ya Allah
      Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang
      Ameen 


      Wednesday, April 14, 2010

      CONTEST TIDUR PALING COMEL (",)



      Assalamualaikum , hari ni ummi nak mencuba nasib menyertai Contest Tidur Paling Comel ...lama tak join contest.Tiba-tiba ummi dapat "suggestion" dari mama saudara Najwan untuk join contest ni..ummi pun joinler dengan kebenaran abi Najwan..hehe...
      Seronoknya kalau dapat hadiah-hadiah tu..hehe...
      boleh Najwan guling-guling..hehe
      Terima Kasih kepada penganjur kerana menganjurkan Contest macam ni. Di samping itu, ummi boleh menambah kenalan baru untuk mama-mama blogger..Selamat Berkenalan semua dan Selamat Menyertai Contest, semoga kita berjaya (",)



      Ini gambar keseluruhan Najwan tido bersama teman "harimau mininya"
       dari jarak jauh..(",)



      Dan dua gambar di atas adalah gambar-gambar Najwan tido dari jarak dekat..hehe (",)

      Nama : Muhammad Zakir Najwan bin Mohd Nabil Majdi
      Umur : 1 tahun 4 bulan 2 minggu
      Tarikh lahir : 24 November 2008
      Warna kesukaan : Biru ( Najwan macam suka  warna merah sebab mana-mana Najwan pergi nampak merah mesti dia nak pegang atau sebagainya,
       tapi sebab Najwan baby boy, jadi ummi pilih warna biru la..hehe)

      Hobi Najwan sekarang suka berlari-lari, memanjat dan letak kopiah atas kepala..kalau nampak kain ke atau apa-apa saja benda yang boleh letak atas kepala..Najwan akan ambil dan letak atas kepala dia sambil jalan-jalan atau lari dan bersembang-sembang dalam bahasanya..hehe ..kelakar..

      Semoga Berjaya (",)

      Tuesday, April 13, 2010

      Aksi Najwan dan adik sepupunya Ahmad yang berusia 5 bulan



         Najwan sedang memerhatika puting Ahmad.."Benda apa ni??Tak pernah Najwan tengok..ummi tak pernah pun beli kat Najwan" hehe Ahmad pula membuat muka sedih
      "Bagila balik abg Najwan..tu puting Ahmad..huhu"

      Assalamualaikum...

      Najwan datang lagi dengan kisah terbarunya...hehe..Jam menunjukkan pukul 12.45 malam..Ketika ini Najwan sedang enak dibuai mimipi dengan ditemanai oleh angin kipas yang sepoi-sepoi bahasa...hehe..

      Ummi Najwan ni kena cari masa nak update blog Najwan...maklumla selalunya ummi pun keletihan dan tertido bersama Najwan ketika menepuk Najwan tido..hehe..agaknya malam ni Ummi Najwan bersemangat semula meng"update" blog Najwan...

      Kat sini ada beberapa aksi Najwan bersama sepupunya Ahmad yang berusia 5 bulan. Ahmad tinggal jauh dari Najwan. Ahmad tinggal di Bangi bersama mama dan bapaknya..jadi sekali sekala je Najwan dapat jumpa Ahmad..dan bila dapat jumpa..macam2 la aksi dan gelagat mereka berdua..Najwan dah mula menunjukkan ketokohannya sebagai abang...sayang sangat dia kat Ahmad..hehe..Najwan pula lagi 5 bulan akan mendapat seorang adik..hari tu ummi pi scan kat klinik..Doktor nampak baby girl..kalau dapat baby girl..alhamdulillah..Ummi dan Abi dapatla sepasang anak..Najwan dan adik Najwan..hehe

      Jom kita tengok beberpa aksi mereka berdua...(",)









      Aksi-aksi di dalam gambar di atas adalah aksi Najwan bermain-main dengan Ahmad di rumah Opah sambil diperhatikan oleh ummi Najwan dan mama Ahmad sebab risau Najwan cubit Ahmad...hehe...aksi spontan Najwan yang mengambil puting Ahmad,,berakhir dengan Najwan rasa serba salah dan mencium pipi Ahmad.."sayang adik Ahmad" kata abg Najwan..hehe (",) "Boleh la jaga adik lepas ummi lahirkan adik nanti.."
      kata ummi pula sambil mama Ahmad tersenyum..hehe.




      Aksi-aksi di atas pula adalah aksi Najwan yang cuba menyorong kereta sorong Ahmad..hehe..nak tunjuk contoh sebagai abang le tu...nak bawa Ahmad pusing taman..hehe..kejadian berlaku ketika ummi Najwan dan  mama Ahmad membawa Najwan, Ahmad, Abi Chu dgn ditemani abi Najwan, bapak Ahmad, opah dan ayah Nyah bersiar2 di taman di Ipoh.


      Gambar yang agak kabur ni pula adalah gambar Ummi Najwan dari sebelah kanan, Najwan, Abi Chu, Ahmad dan mama Ahmad..(",) seronok Najwan berjalan2 di taman dengan Ahmad dan abi chunya..Najwan bagitau "Nak pi lagi"..hehe..