Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, June 16, 2009

PSIKOLOGI DAN EMOSI BAYI




















DEFINISI EMOSI- Kombinasi perasaan dan mood yang kompleks yang melibatkan reaksi Psikologikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri corak tingkah laku yang tertentu. Emosi tergolong dalam perkemnbangan seseorang bayi itu. Kewujudannya menyukarkan lagi untuk mengenalpasti personaliti bayi itu. EMOSI BAYI- Keseronokkan ( Bridges 1932 )- Cinta , marah dan ketakutan ( Watson, 1919)- Gembira , kesedihan , ketakutan, jijik, terkejut, marah ( 12ard & Malatesta (1987)


PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI BAYI- Sifat unik watak bayi boleh dikesan sejak ia dilahirkan lagi. Apabila watak itu terus diberi pengukuhan, ia menjadi sahsiah bayi itu apabila mereka dewasa. Bayi yang baru lahir menunjukan perbezaan dalam beberapa aspek misalnya sama ada dia seorang pemarah ataupun periang sama ada dia mudah ataupun susah hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu keadaan.


WATAK BAYI
Bayi yang mudah- mudah menerima dan mencuba sesuatu yang baru dan positif- tidur dengan senang dan tidak terganggu pada waktu malam- senang menyesuaikan diri pada tempat baru- waktu malam tersusun dan boleh dijangka- tekun membuat aktiviti


Bayi yang payah- tingkah balas dan emosi berlawanan dengan bayi yang mudah- menunjukkan reaksi menentang, tidak selesa, marah ataupun menangis terhadap benda- menolak dan enggan mencuba sesuatu yang baru- sukar tidur dan mudah terganggu semasa tidur- tidak suka tempat baru @ orang baru dikenali- makanan dan waktu makan mereka sukar dijangkaBayi yang lambat mesra- menunjukkan tindak balas pasif atau emosi waswas kepada benda, orang ataupun tempat baru- suka menolak makanan baru, tetapi boleh dipujuk- lambat mesra dengan tempat @ orang baru dikenali, tetapi apabila mengenalinya, mereka boleh menunjukkan kemesraan dan ketaatan yang tinggi



KEMAHIRAN KOMUNIKASI- ketika lahir bayi sudah dapat mengeluarkan bunyi dalam bentuk tangisan- tangisan adalah keadaan normal yang menunjukkan bayi menggunakan organ- 1-3 hari, bayi menangis antara 1-2 ½ jam sehari- 3 bulan pertama, 70 peratus bayi menangis kira-kira 2 ½ sehari- lebih 1 tahun, bayi menangis 1 jam sehari- Bayi yang kurang menangis tidak semestinya tidak normal- tingkah laku menangis yang terkawal mendorong sistem pernafasan dan sistem peredaran berjalan lancar .


Tangisan - Tangisan merupakan satu bentuk komunikasi antara bayi dan orang sekelilingnya.- tangisan mempunyai pelbagai maksud seperti lapar, marah , sakit dan sebagainya.- Ia dapat diperhatikan melalui nada, bentuk, kekuatan dan sebagainya.



JENIS TANGISAN BAYI- Wolf telah mengkaji jenis-jenis tangisan bunyi dan mengklafikasikan kepada 4 faktor iaitu :-
1- menangis lapar - kerap berlaku apabila bayi berkenaan lapar / menunjukkan jenis menangis yang lain selepas lama menangis2

2-menangis marah- menangis secara kuat, memaksa udara melalui peti suaranya

3- menangis sakit- tidak meratap dan mendengus, menangis dengan memegang nafasnya


4 menangis kecewa- 2-3 tangisan yang lama, tidak memegang nafasnya- Kajian tidak menunjukan bahawa ibu atau kaum wanita lebih pandai dalam melayanbayi yang menangis berbanding si bapa.-Apabila bayi membesar, ibu bapa akan lebih pandai untuk membezakan kegelisahanyang terdapat pada anak.


JENIS SENYUMAN DAN KETAWA BAYI- senyuman dan ketawa membawa makna yang penting dalam perhubungan yang dibina antara anak dan ibu bapa- Gewirtz (1965 ) mencadangkan bahawa bayi melalui 3 fasa senyuman :~

1 senyuman refleks- wujud selepas kelahiran- kajian menunjukkan ia merupakan satu respon automatik daripada saraf pusatdan juga sebelum bayi berkenaan tidur. Hanya otot di bahagian bawah mukasahaja yang terlibat bukan mata / dahi


2 senyuman sosial- bayi tersenyum sebagai respon kepada sesiapa yang mereka lihat atau dengan tumpuan adalah kepada orang lain dan wujud dalam minggu ke-4 selepaskelahiran.


3 senyuman sosial terpilih-bayi akan senyum terhadap bunyi atau orang yang dikehendaki, bermula dalam 3 ½ bulan. Tumpuan kepada orang lain dan perhubungan sosial.-Ketawa wujud pada bulan ke-4, semakin membesar semakin kerap ketawa, dan lebih banyak perkara yang bayi akan ketawa.



BAYI DAN TEMPERAMEN- Bayi bayi, ahli psikologi merujuk personaliti sebagai temperamen ( merujuk kepada ciri-ciri perangai atau cara mendekati dan bereaksi terhadap sesuatu situasi)- kajian jangka panjang New York ( NYLS ) telah mengkaji 85 keluarga, bersama 141 anak , memilih ahli keluarga profesional sebagai subjek- Daripada kajian bekenaan, mereka mendapati bahawa terdapat 9 komponen temperamen termasuklah :-

1) Jenis dan jumlah aktiviti fizikal
2) Rutin harian yang dapat dijangka seperti tidur dan makan
3) Sejauh mana bayi berkenaan mendekati / menjauhi daripada situasi baru
4) Bagaimana bayi menyesuaikan diri kepada perubahan dalam persekitaran
5) Keamatan rangsangan yang diperlukan bagi mendapatkan respon daripada
bayi
6) Sejauh mana respon yang diberikan oleh bayi berkenaan sama ada bertenaga ataupun tidak
7) Perangai / sifat bayi berkenaan iaitu daripada lekas marah kepada gembira
8) Kesediaan bayi untuk dialih perhatian daripada apa yang dilakukan
9) Jumlah tumpuan yang dapat diberikan walaupun terdapat halangan

3 comments: