Ummi akan pergi kursus nanti. Najwan tinggal ngan abi baik-baik ye. I'm gonna miss u all.
Najwan sebelum terkena demam. Amboi seriusnya . hehe.
Najwan semasa demam dalam kereta dengan abi dalam perjalanan ke Putrajay. Kami duduk di seat belakang. Mak tok ngan Tok Ayah yang bawa kereta. Naik satu kereta je save budget. hehe.
Najwan sayang...rehat ye...(",)
Najwan semasa demam dalam kereta dengan abi dalam perjalanan ke Putrajay. Kami duduk di seat belakang. Mak tok ngan Tok Ayah yang bawa kereta. Naik satu kereta je save budget. hehe.
Najwan sayang...rehat ye...(",)
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah Najwan dah sihat dari demam (campak) 2 hari lepas. Hati saya sebagai seorang ibu sungguh sedih, pilu dan tak karuan apabila melihat Najwan merengek-rengek kesakitan. Ceritanya bermula pada hari Jumaat lepas apabila saya pulang dari tempat kerja dan mengambil najwan dari rumah pengasuh. Pengasuh memberitahu saya Najwan demam. terus saya mendukung dan memeluk Najwan yang sedang merengek-rengek untuk dibawa pulang. Balik rumah terus saya berikan ubat demam untuk Najwan. Malam tu Najwan tak dapat tidur dengan nyenyak dan asyik terjaga menangis. Mungkin tak selesa agaknya, bisik hati ummi. Kesian najwan. hati saya yang mudah tersentuh ni mengalirkan air mata bukannya disebabkan saya dan suami terpaksa bergilir bersengkang mata menjaga Najwan cuma kesiankan anak ummi dan abi yang terganggu tidurnya. Najwan nampak begitu letih tapi tak dapat tidur dengan selesa.
Pada keesokan paginya alhamdulillah Najwan telah beransur pulih. Pada hari Sabtu yang lalu kami sekeluarga bergerak ke Putrajaya untuk menghadiri jemputan kenduri saudara saya. Pada mulanya memang saya dan suami bimbang untuk ke Putrajaya kerana najwan belum lagi pulih sepenuhnya. Namun hati ummi yakin, Najwan akan terus beransur pulih dan kuat semangat dan Ummi akan memberikan sepenuh perhatian pada najwan. Sebelum ke Putrajaya saya menyusukan Najwan dan memberikannya ubat. Hati saya agak terkilan kerana Najwan hilang selera makan pada pagi tersebut.
Di dalam perjalanan ke Putrajaya Najwan tidur di pangkuan saya dengan nyenyaknya, mungkin keletihan disebabkan malam semalam tak dapat tidur. Sampai di Putrajaya kami terus memasuki ke dewan kenduri. Ramai saudara mara yang datang dan tak pernah melihat Najwan mula mendungkung Najwan dan teruk gak ler najwan dibuli. Hati saya agak risau sebab Najwan belum sepenuhnya sihat. Najwan tampak keletihan. Kesian anak ummi. Sabar ye sayang...(",)
Saya dan keluarga pulang awal dari kenduri dan menginap di rumah adik saya di Putrajaya. Kami bermalam di situ. Najwan tertidur keletihan sebaik sahaja sampai di rumah adik saya, dan petang tu Najwan tertidur keletihan sampailah pukul 6.15 petang. Saya terpaksa mengejutkan Najwan untuk makan dan mandi. Najwan kelihatan agak segar selepas mendapatkan rehat yang panjang. Pada malamnya, najwan kembali demam . Saya dan suami check suhu badan Najwan menggunakan termometer naik hingga hampir 39 o. Saya sangat risau dan mula rasa menyesal kerana membawa Najwan ke Putrajaya. Sepatutnya saya rehatkan Najwan. "ooooh anakku ....maafkan ummi..."
Esok paginya terus saya bawa Najwan ke hospital Putrajaya. Di hospital tersebut saya ternampak ada 3 orang pesakit demam campak. Saya mula risau takut terjangkitkan Najwan. Rupa-rupanya kerisauan saya menjadi nyata. Setelah sampai ke rumah adik saya semula, muka dan badan najwan mula menjadi merah-merah seperti ruam. Banyak sangat. Mak saya bagitau Najwan terkana campak ni. Takut saya tengok muka dan badan Najwan. Najwan terus merengek-rengek keletihan dan terus menangis. Saya sedih sangat. Najwan tak nak didukung oleh orang lain termasuk abinya. Semasa demam , Najwan cuma nak didukung oleh umminya saja....Saya sungguh terharu. Kami bertolak ke semula ke Perak pada petangnya, setelah merehatkan Najwan seketika.
Keesokannya saya mengambil cuti rehat dari kerja selama 3 hari untuk menjaga Najwan sehingga pulih sepenuhnya. Sepanjang 3 hari tersebut saya menjaga Najwan dan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk melihat Najwan kembali sihat dan ceria seperti dulu. Saya mengambil ikhtibar di atas kejadian yang berlaku. Saya akan merehatkan Najwan dan tidak ke mana-mana sekiranya Najwan tidak sihat pada masa akan datang. Dan saya terus berdoa agar Najwan terus diberikan kesihatan yang berpanjangan. Insya Allah. Saya tak sanggup lagi melihat Najwan sakit. Sungguh tak sanggup. Ummi doakan najwan sihat dan sentiasa ceria dan diberikan keselamatan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Apa yang membimbangkan saya. Pada hari Selasa hingga Ahad depan saya terpaksa mengikuti Kursus di Johor selama 5 hari. saya belum pernah meninggalkan Najwan dengan begitu lama walau pun sehari saya tak pernah meninggalkan Najwan semenjak saya melahirkan. Saya tak dapat membayangkan apabila saya berjauhan dengannya. Sungguh sayu hati saya. Bulan Julai ni memang banyak Kursus. Pada 17 hingga 27 Julai nanti saya berkursus di Rompin Pahang pula. Wusshhhh memang saya tak suka pergi kursus kerana terpaksa berpisah dengan Najwan dalam masa yang lama. Tapi apa boleh buat, ummi berkerja sayang, ummi perlu hadapi semuanya. Najwan tinggal ngan abi dan opah baik-baik ye. Tidur baik-baik, jangan sedih bila ummi berjauhan. Ummi akan merindui Najwan dan Abi....Fuuuuhhhh sungguh mengayat hati. Sebak pula rasa....Tak tahula nape saya jiwang sangat hari ni. (",)
kakyong kalo anak2 sakit memang dok rumah jer. sian kat anak, kalo kita org tua sakit pun nak rehat & dok rumah jer, ini kan pulak anak2..
ReplyDeletetu la pasal, kdg2 terpaksa @ tak dpt hadir byk jemputan walimah & kenduri kerana hal anak2 ni...
lama kursus tu, stay kat mana? tak leh bawa opahnya & najwan sekali... hahahahh... memandai jer bg cdgan... lama tu 5 hari, kakyong dulu 2 hari pun dah haru biru.... ;)
ye la kak yong..Hana rasa susah hati sangat nak tinggalkan Najwan...sekarang ni pun dah gundah gulana...najwan lak sejak akhir2 ni..asyik merengek je tak nak kat orang lain...dia nak Hana je..macam tau2 je Hana nak tinggalkan dia...huhu..sedih...
ReplyDeletearmouris thanx ziarah blog saya..tahanx juga bagi saya info..dapat satu lagi ilmu baru (",)
ReplyDeleteayu pun dah rase gundah gulana... bln 7 ni, abg radin kursus kat penang 4minggu...aduh... risau kat husna, sb dia suke sgt main dgn papa dia... mcmnela nanti...rindu anak ni susah skit
ReplyDeleteAyu....Betulke orang tua2 cakap kalau baby rindu letak kain ke baju ke ummi atau bapanya pada baby masa dia tidur utk ubati rasa rindu...hehe...dulu pernah juga hana guna cara ni masa tengah berpantang dulu..hana kat Pulau Pinang...suami lak dah balik Ipoh sebab mula keje dah...tapi rindu anak pada abinya atau umminya berbeza...lebih rasa rindu pada umminya kan..sebab kita yang mengandungkannya...aduh...resah sungguh rasa hati...semalam pula Najwan asyik merengek tak dapat tidur...bila letak atas riba hana je terus dia tidur..banyak kali gak ler..so semalaman la hana tak dapat tidur sebab ribaan Najwan..dia macam tau Hana dah nak pegi...sedihnya...:(
ReplyDeletebiasanya anak2 ni kalo sakit ke ape ke, mesti diorg akan carik ibu dulu... jarang la anak2 nk atach kt ayah kalo diorg sakit..
ReplyDeletekalo campak ni ok skit.. my kids, pernah tiga2 sekali kene chicken pox serentak.. Allah je yg tahu, betapa berat dugaan time tu.. amik cuti, mmg da x kira da, terus unpaid leave 2 minggu.. huhu... time anak2 tgh nk mmbesar ni mmg mcm2 dugaan... yg penting sebagai ibu, kite kene bnyk2 sbr!
Syahnur..terima kasih di atas pandangan anda..betul tu syahnur..kalau anak tak sihat..tak karuan kita dibuatnya...kalau boleh sentiasa doakan anak2 kita sihat dan selamat...insya Allah..betul lah...anak2 kecil nak membesar ni macam2 dugaannya...yang penting kena sabar dan cekal kan..selalunya kalau anak tak sihat...dia nak ummi je..(",)
ReplyDelete