Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

NAJWAN TELAH SIHAT DAN KEMBALI CERIA...RUPANYA UMMI DAPAT ADIK LAGI..(",)

Najwan semakin aktif ingin berjalan dan berlari (",)

Akhir-akhir ini Najwan sangat manja dengan ummi dan abi (",) Ada apa-apa ke??

Najwan sedang menghitung hari...bila adik Najwan nak keluar ni??Lelaki ke perempuan??Boleh jadi kawan sepermainan Najwan nanti (",)

Assalamualaikum semua...

Hari ni ummi nak berkongsi cerita pasal Najwan yang telah dua minggu tak sihat disebabkan terkena cirit birit..kesian Najwan..Sebelum ni Opah Pengasuh yang jaga, tapi semenjak ummi dan abi pindah umah baru, umah pengasuh tu jauh, jadi Najwan dihantar ke Nursery oleh ummi. Semenjak dihantar ke nursery, Najwan terkena cirit-birit. Ummi mulai risau...


Dalam dua minggu lepas, ummi ngan abi asyik naik turun klinik untuk dapatkan ubat bagi memastikan Najwan kembali sihat dan ceria...dah la tak sihat, tak lalu makan dan tak boleh tidur juga. Perkara ini telah membuatkan Ummi dan Abi juga tak dapat tido sebab mereka risaukan Najwan.


Dan semenjak cirit juga, bontot Najwan jadi merah-merah akibat pampers. Najwan begitu terharu dengan ummi. Demi melihatkan kesihatan Najwan terus terjaga, ummi terus bertukar sepenuhnya kpd Cloth Diapers. Dan sampai hari ini Najwan telah mempunyai 21 helai Cloth Diapers. Najwan tidak lagi memakai pampers. Banyak kebaikannya memakai Cloth Diapers ni..Nanti ummi akan ceritakan dalam entri yang akan datang berserta gambarnya sekali..hehe, Najwan nampak selesa, cuma kesian kat ummi sebab ummi kena rajin basuh dan keringkan Cloth Diapers Najwan, disamping Najwan semakin sihat, duit ummi pun boleh jimat. Tak perlu lagi beli lampin pakai buang.."Thank you ummi".


Akhirnya, Najwan telah sihat, lalu makan dan kembali ceria setelah berjumpa Dr Raofah , seorang Doktor Pakar yang menyambut kelahirannya dulu. Terima Kasih Doktor dan dengan izin Allah..alhamdulillah...Sekarang ni Najwan makin aktif dan dah memanjat tangga umah hampir sampai tingkat dua..ish bahaya ni..ummi ngan abi kena selalu tengok Najwan..(",)


Dan ada lagi satu berita..akhir2 ni Najwan macam manja sangat2 dengan abi dan umminya, ummi pulak macam tak sihat sikit. Lepas jumpa Doktor Raofah, rupanya ummi didapati mengandung adik Najwan...alhamdulillah rezeki..."patutla Najwan tak sihat dan manja sangat..rupanya nak dapat adik lagi ye" kata ummi dan abi...Walau apa pun terjadi ummi dan abi tetap sayang Najwan dan adik Najwan nanti, semoga anak-anak ummi menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Insya Allah..(",)

Wednesday, October 21, 2009

PENGALAMAN BERHARI RAYA BERSAMA SI MANJA

Haaa...gambar atas ni raya kedua..ummi pilih tema biru utk raya kedua...(",)

Najwan buat muka simpati...hehe..tengah fikir...

"sape la lagi nak bagi duit raya ni"hehe...



Alhamdulillah...masih ada kesempatan untuk ummi update blog ni...susah betoi nak cari masa. Seronok raya tahun ni, anak ummi dah besar pandai macam-macam, banyak karenah, banyak celoteh. Menghiburkan hati. Dan Pertama kalinya Ummi memakaikan baju Melayu pada Najwan. Tengok gambar atas tu, kalau dapat duit raya asyik nak gigit sampul je..hehe (",)







Haaaa...ni time Najwan dah berpelu-peluh kepanasan setelah puas beraya dengan baju Melayunya. Terpakasalah ummi membuka baju Najwan sekejap, kalau tak berpeluh-peluhla anak ummi ni..Tengok gambar atas tu, muka Najwan ceria je sebab tak berpeluh dah..hehe





Haa...gambar atas ni pulak, part Najwan nak bukak songkok dia...susah betoi nak bagi pakai songkok..last-last pakai lebai anak soleh je..hehe...banyak celoteh betoi..(",)







Kat atas ni pulak antara gambar-gambar Najwan sempat berposing di Hari Raya ..nampak ceria, manja dan penuh semangat (",)








Ni pulak aksi Najwan bersama sepupunya, Syifa' berhari raya, Najwan nak usik Syifa' ye..hehe..Jangan cubit sudah ye..(",)












Alhamdulillah, seronok berhari raya dengan si manja yang ceria dan manja. Najwan pun nampak bersemangat berhari raya.Hehe disamping mengumpul duit raya untuk akaunnya. Najwan menjadi tumpuan cubitan di pipinya yang labuh tu. Sampai ada yang tanya.."Najwan ni dah berapa kg??Pipi dia saja, entah-entah dah 1 kg" Hehe..tergelak saya dan suami mendengarnya. Hari Raya bertambah meriah dengan celoteh Najwan yang membuatkan orang di sekeliling tidak kering gusi melihat gelagatnya....Dah besar anak ummi...tak lama lagi dah nak mencecah setahun...Semoga menjadi anak yang soleh dan dilindungi Allah selalu..Ameen...

Tuesday, September 29, 2009

NAJWAN IKUT UMMI DAN ABI BERTERAWIKH SEPANJANG RAMADHAN



Assalamualaikum....alamak dah berabuk la blog ummi ni..lame sangat tak update. Sepanjang Ramadhan lalu memang nak update je aktiviti seharian Najwan. Tapi ummi selalu letih bila nak update di malam hari. Hehe, maklumlah pengalaman berpuasa bersama Najwan buat pertama kalinya. Sudah tentulah mengundang pelbagai ragam Najwan yang perlu dilayani dan diberikan perhatian.

Di sini ummi ingin berkongsi cerita bersama sahabat2 ummi di luar sana mengenai aktiviti Ummi dan Najwan di bulan puasa..

Pukul 4.00 pagi di bulan Ramadhan: Ummi akan bangun dan kejutkan abi seperti biasa.

pukul 4.30 pagi : Dah mula masak untuk sahur..masak simple2 je...masa sahur ni ummi berdoa agar Najwan tak bangun...hehe...kalau tak..lebih banyak aktiviti ummi dan Najwan ni..(",) alahamdulillah sepanjang Ramadhan Najwan tidur dengan baik..agaknya letih ikut ummi ngan abi pegi terawikh di malam hari kot..hehe

pukul 5.00 pagi atau 5.10 pagi dah mula makan sahur. Pas soalat Subuh dah bersiap2 untuk ke ofis. Najwan selalunya akan bangun pas Subuh (dalam kul 6.30 cam tu ler )

Pas balik keje , kul 5.30 petang sampai rumah, ummi terus masak sebab ummi dah solat Asar kat Ofis..kul 6.15 petang baru ambil Najwan bersama Abi.

Waktu berbuka puasa: Selalunya ummi akan letak Najwan dalam walker dan biarkan Najwan bergerak dan bermain dengan mainan di sekeliling ruang makan tu. Sambil tu ummi suapkan bubur nasi untuk Najwan juga (",)

Pas solat Maghrib pula, ummi dan abi akan bersiap-siap untuk berterawikh, selalunya abai akan dapat jemputan memberi tazkirah di suar-surau atau masjid, jadi ummi pun siapkan Najwan juga.

Antara persiapan ummi ialah:

Ummi siapkan Najwan dengan baju tidur supaya senang nanti Najwan boleh terus tidur kalau ngantuk. Ummi akan bawa beg besar yang dalamnya ada telekung solat, botol susu Najwan (ummi sediakan awal2), 2 mainan Najwan kdg2 satu mainan je, lapik selimut Najwan, dan dua biji bantal Najwan. Barang-barang ni lah yang selalu ummi bawa ke surau atau masjid untuk persediaan Najwan.


Alhamdulillah, Najwan tak banyak ragam. Selalunya Ummi akan ambik saff yang belakang dan tepi sekali supaya ummi boleh letak Najwan di tepi ummi, ummi akan keluarkan bantal, mainan dan susu Najwan (Harap maklum....Najwan takde bantal bususk, dua biji bantal tu untuk lapik Najwan tidur dan peluk je, hehe).

Kadang-kadang Najwan tertidur di Masjid semasa ummi solat, kadang-kadang Najwan bermain dan Najwan boleh bermain dengan kanak-kanak yang ade kat situ. alhamdulillah, ummi berjaya melepasi Ramadhan bersama Najwan yang begitu seronok di bawa berterawikh.


Ummi doakan semoga kita dapat bertemu Ramadhan yang akan datang pula...(",)Insya Allah.

Wednesday, August 19, 2009

NAJWAN DAN PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN


Assalamualaikum semua....hai..ape khabor..hehe...wahhh nampak ceria ummi hari ni ye..alhamdulillah...sebenarnya ummi tak sabar nak menyambur bulan Ramadhan pada tahun ini, berdebar pun ada, maklumlah pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang ibu kepada seorang anak yang berusia 9 bulan. Jadi ..sudah pastinya ibu merancang untuk mengururskan masa dengan sebaiknya pada bulan Ramadhan.



Erm..antara perkara yang perlu ummi berikan perhatian ialah seperti berikut...hehe:



(a) Ummi perlu bangun awal untuk menyediakan sahur dan pada masa yang sama ummi cuba pastikan Najwan masih tidur..hehe kalau tak mungkin sedikit sebanyak akan mengambil sedikit sebanyak masa ummi menyediakan sahur dan bersahur bersama abi..(",)




(b) Ummi perlu menyediakan juadah berbuka puasa dan masa yang sama ummi dan abi tidak mengabaikan Najwan sebaik sahaja abi membawa Najwan pulang ke rumah dari rumah Pengasuh.




(c) Seterusnya pada waktu berbuka puasa juga ummi perlu berbuka puasa dengan abi dan masa yang sama ummi kena jaga Najwan, sama ada bawa Najwan makan bersama ataupun tidurkan Najwan, hehe tapi sekarang Najwan dah tak nak tido awal..Najwan nak main. Jadi ummi kena sediakan tempat duduk untuk Najwan...untuk Najwan melayan aktiviti hariannya..hehe




(d) Ermm..ni mungkin waktu yang paling "crucial". Selepas solat Maghrib, kebiasannya ummi akan bersiap sedia untuk ke Masjid mengikuti abi ke Masjid atau surau untuk bersolat Terawikh.....selalunya abi akan mendapat jemputan sebagai pentazkirah ...dan pada waktu yang sama mungkin dalam pukul 9.00 - 9.30 malam, Najwan akan mula merengek-rengek memberi "signal" nak tido....dan ummi perlu bersedia untuk tidurkan Najwan pada waktu ini sekiranya ummi membawa Najwan ke masjid atau ke surau...




Jadi ..bagi perkara-perkara di atas ummi ingin berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang telah berpengalaman menyambut Ramadhan bersama anak-anak untuk memberikan sedikit tips kepada ummi bagaimana cara terbaik pada waktu "crucial" tersebut??hehe...


Ok...ummi berdoa agar segalanya berjalan lancar di bulan Ramadhyan nanti...insya Allah (",)

Friday, June 26, 2009

UMMI SUSAH HATI BILA NAJWAN TAK SIHAT

Najwan kembali ceria setelah sihat. Alhamdulillah.





Ummi akan pergi kursus nanti. Najwan tinggal ngan abi baik-baik ye. I'm gonna miss u all.

Najwan sebelum terkena demam. Amboi seriusnya . hehe.



Najwan semasa demam dalam kereta dengan abi dalam perjalanan ke Putrajay. Kami duduk di seat belakang. Mak tok ngan Tok Ayah yang bawa kereta. Naik satu kereta je save budget. hehe.


Najwan tertidur keletihan atas pangkuan ummi.


Najwan sayang...rehat ye...(",)


Assalamualaikum semua... Alhamdulillah Najwan dah sihat dari demam (campak) 2 hari lepas. Hati saya sebagai seorang ibu sungguh sedih, pilu dan tak karuan apabila melihat Najwan merengek-rengek kesakitan. Ceritanya bermula pada hari Jumaat lepas apabila saya pulang dari tempat kerja dan mengambil najwan dari rumah pengasuh. Pengasuh memberitahu saya Najwan demam. terus saya mendukung dan memeluk Najwan yang sedang merengek-rengek untuk dibawa pulang. Balik rumah terus saya berikan ubat demam untuk Najwan. Malam tu Najwan tak dapat tidur dengan nyenyak dan asyik terjaga menangis. Mungkin tak selesa agaknya, bisik hati ummi. Kesian najwan. hati saya yang mudah tersentuh ni mengalirkan air mata bukannya disebabkan saya dan suami terpaksa bergilir bersengkang mata menjaga Najwan cuma kesiankan anak ummi dan abi yang terganggu tidurnya. Najwan nampak begitu letih tapi tak dapat tidur dengan selesa.



Pada keesokan paginya alhamdulillah Najwan telah beransur pulih. Pada hari Sabtu yang lalu kami sekeluarga bergerak ke Putrajaya untuk menghadiri jemputan kenduri saudara saya. Pada mulanya memang saya dan suami bimbang untuk ke Putrajaya kerana najwan belum lagi pulih sepenuhnya. Namun hati ummi yakin, Najwan akan terus beransur pulih dan kuat semangat dan Ummi akan memberikan sepenuh perhatian pada najwan. Sebelum ke Putrajaya saya menyusukan Najwan dan memberikannya ubat. Hati saya agak terkilan kerana Najwan hilang selera makan pada pagi tersebut.




Di dalam perjalanan ke Putrajaya Najwan tidur di pangkuan saya dengan nyenyaknya, mungkin keletihan disebabkan malam semalam tak dapat tidur. Sampai di Putrajaya kami terus memasuki ke dewan kenduri. Ramai saudara mara yang datang dan tak pernah melihat Najwan mula mendungkung Najwan dan teruk gak ler najwan dibuli. Hati saya agak risau sebab Najwan belum sepenuhnya sihat. Najwan tampak keletihan. Kesian anak ummi. Sabar ye sayang...(",)




Saya dan keluarga pulang awal dari kenduri dan menginap di rumah adik saya di Putrajaya. Kami bermalam di situ. Najwan tertidur keletihan sebaik sahaja sampai di rumah adik saya, dan petang tu Najwan tertidur keletihan sampailah pukul 6.15 petang. Saya terpaksa mengejutkan Najwan untuk makan dan mandi. Najwan kelihatan agak segar selepas mendapatkan rehat yang panjang. Pada malamnya, najwan kembali demam . Saya dan suami check suhu badan Najwan menggunakan termometer naik hingga hampir 39 o. Saya sangat risau dan mula rasa menyesal kerana membawa Najwan ke Putrajaya. Sepatutnya saya rehatkan Najwan. "ooooh anakku ....maafkan ummi..."
Esok paginya terus saya bawa Najwan ke hospital Putrajaya. Di hospital tersebut saya ternampak ada 3 orang pesakit demam campak. Saya mula risau takut terjangkitkan Najwan. Rupa-rupanya kerisauan saya menjadi nyata. Setelah sampai ke rumah adik saya semula, muka dan badan najwan mula menjadi merah-merah seperti ruam. Banyak sangat. Mak saya bagitau Najwan terkana campak ni. Takut saya tengok muka dan badan Najwan. Najwan terus merengek-rengek keletihan dan terus menangis. Saya sedih sangat. Najwan tak nak didukung oleh orang lain termasuk abinya. Semasa demam , Najwan cuma nak didukung oleh umminya saja....Saya sungguh terharu. Kami bertolak ke semula ke Perak pada petangnya, setelah merehatkan Najwan seketika.



Keesokannya saya mengambil cuti rehat dari kerja selama 3 hari untuk menjaga Najwan sehingga pulih sepenuhnya. Sepanjang 3 hari tersebut saya menjaga Najwan dan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk melihat Najwan kembali sihat dan ceria seperti dulu. Saya mengambil ikhtibar di atas kejadian yang berlaku. Saya akan merehatkan Najwan dan tidak ke mana-mana sekiranya Najwan tidak sihat pada masa akan datang. Dan saya terus berdoa agar Najwan terus diberikan kesihatan yang berpanjangan. Insya Allah. Saya tak sanggup lagi melihat Najwan sakit. Sungguh tak sanggup. Ummi doakan najwan sihat dan sentiasa ceria dan diberikan keselamatan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Apa yang membimbangkan saya. Pada hari Selasa hingga Ahad depan saya terpaksa mengikuti Kursus di Johor selama 5 hari. saya belum pernah meninggalkan Najwan dengan begitu lama walau pun sehari saya tak pernah meninggalkan Najwan semenjak saya melahirkan. Saya tak dapat membayangkan apabila saya berjauhan dengannya. Sungguh sayu hati saya. Bulan Julai ni memang banyak Kursus. Pada 17 hingga 27 Julai nanti saya berkursus di Rompin Pahang pula. Wusshhhh memang saya tak suka pergi kursus kerana terpaksa berpisah dengan Najwan dalam masa yang lama. Tapi apa boleh buat, ummi berkerja sayang, ummi perlu hadapi semuanya. Najwan tinggal ngan abi dan opah baik-baik ye. Tidur baik-baik, jangan sedih bila ummi berjauhan. Ummi akan merindui Najwan dan Abi....Fuuuuhhhh sungguh mengayat hati. Sebak pula rasa....Tak tahula nape saya jiwang sangat hari ni. (",)

Thursday, May 21, 2009

Pertama kali berjalan jauh sehingga lewat malam


Assalamualaikum warahmatullah


Hari ini saya ingin berkongsi cerita berkenaan perjalanan jauh kami sekeluarga. Pada hari Sabtu yang lepas iaitu 16 Mei, keluarga di sebelah suami saya membuat sedikit kenduri kesyukuran kerana bapa mertua (abah) akan bertolak ke London untuk berkursus selama 2 bulan pada keesokan harinya. Majlis kesyukuran tersebut berlangsung selepas Maghrib. Selalunya, Najwan akan mula tidur semasa Maghrib sampaila esok paginya, cuma akan bangun sekejap-sekejap untuk menyusu.


Nak dijadikan cerita pada malam tersebut, Najwan mula meragam kerana tidak dapat tidur seperti biasa, maklumlah tempat tersebut panas dan sesak dengan orang ramai. Saya pun agak panik juga la....selalunya Najwan nak tidur lepas saya menyusu dan memeluknya...tapi malam tu Najwan macam tak nak sangat dekat saya...huhu..sedih gak...pas tu suami dukung Najwan sampaila Najwan tertidur walau pun sambil nangis....kesian Najwan....Bila Najwan dah tidur, saya terus ribakan Najwan dan bawa Najwan tidur dalam kereta. Alhamdulillah, Najwan dah boleh tidur. Masa tu jam dah pukul 10.00 malam. Maksudnya Najwan dah terlewat 2 jam setengah dari waktu biasa najwan tidur, patutlah dia meragam (",)
















Pada keesokan paginya, pukul 5.30 pagi kami sekeluarga dah bertolak dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk menghantar adik ipar mendaftar di kolej persediaan belajar di luar negara. Saya pun bangun seawal 4.00 pagi untuk menyiapkan diri dan menyiapkan Najwan. Kesian Najwan, dia terjaga pukul 4.30 pagi semasa saya nak salinkan bajunya....Ingatkan Najwan nak nangis sebab tak puas tidur, rupanya dia membulatkan matanya sambil tersenyum-senyum..hehe...sejuk hati saya tengok Najwan walau pun masa tu rasa letih sangat...(",)




Kami tiba di tempat pendaftaran adik ipar (Nana) di INTEC, Shah Alam pada pukul 9.00 pagi. Saya memangku Najwan dari pukul 9.00 pagi sampailah 12 tengahari sambil Najwan tertidur atas saya keletihan. Itulah perjalanan jauh Najwan buat kali pertama yang membuatkan Najwan tidur sekejap-sekejap sahaja. Bila Najwan terjaga, saya rasa tangan saya mula kebas-kebas dan badan saya mulalah terhoyong hayang. mungkin keletihan agaknye lagi pun, Najwan sekarang ni dah hampir 8kg beratnya. Cuba bayangkan saya memangku Najwan sepanjang perjalanan dari Ipoh ke KL dan seterusnya menunggu pendaftaran dari pukul 9.00 pagi hingga 12 lebih...urgghhh...sakit tangan...hehe...(sabar...itulah pengorbanan seorang ibu) . Najwan pun tak dapat lagi nak mandi pagi masa tu. Selepas menghantar adik ipar berdaftar di kolejnya. Kami sekeluarga pun bertolak ke rumah saudara di Shah Alam dan berehat di sana sebelum menghantar abah ke KLIA pula. Di rumah saudaralah saya memandikan Najwan. Najwan nampak lebih ceria selepas mandi dan menyusu. Kemudian terus tertidur. Kesian Najwan..nampak benar keletihannya....



Selepas makan dan berehat di rumah saudara, kami pun mula bertolak ke KLIA pada pukul 6.30 petang. Tiba di KLIA hampir pukul 8.30 malam. Abah akan menaiki Flight pada pukul 11.00 malam. Sekali lagi Najwan meragam disebabkan tidak cukup tidur dan mungkin keletihan agaknye. Saya pun dah tak karuan dibuatnya. Setelah bersalaman dengan abah, saya minta diri dulu untuk pergi jauh ke satu sudut di KLIA tersebut untuk menyusu dan menidurkan anak. Alhamdulillah, Najwan dah mula ok dan tertidur pada pukul 9.30 malam. Saya terus memangku Najwan sehingga hampir 11.00 malam.



Pada pukul 12.00 malam kami sekeluarga mula bertolak ke Ipoh...dan saya terus memangku Najwan yang terus tidur keletihan....Tangan saya mula rasa sakit dan kebas yang amat sangat.....Namun saya cekalkan jua hati demi keselesaan anak yang tidur keletihan. (",) Kami sekeluarga tiba di Ipoh setelah jam hampir pukul 4.00 pagi disebabkan kami terpaksa berhenti di beberapa perhentian disebabkan suami keletihan memandu. Di sepanjang perjalanan malam itu, saya langsung tak dapat melelapkan mata disebabkan tangan yang sakit memangku anak di samping terus berbual dan menemani suami supaya suami tidak mengantuk semasa memandu. Kasihan anak dan suami keletihan (",) Tapi kami sekeluarga rasa puas disebabkan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai anak sulung dengan menghantar adik ipar dan mertua ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan urusan masing-masing.




Walau pun kami sekeluarga sampai lewat pagi ke rumah, kami tetap pergi berkerja pada keesokan harinya. Ibu mertua pergi ke sekolah seawal 7.00 pagi, suami pula keluar ke sekolah seawal 6.45 pagi dan saya meminta kebenaran dari boss saya untuk masuk ke pejabat agak lewat disebabkan saya perlu menguruskan rumah dan menghantar anak kepada pengasuh. Walau pun kepala dan tangan saya merasa sakit-sakit disebabkan perjalanan jauh tersebut, saya gagahkan jua diri untuk ke pejabat . Setelah bersiap-siap dan mengemas rumah. Saya pun meletakkan anak di Car Seat di sebelah tempat duduk saya. Sambil saya memandu dari rumah mertua ke rumah pengasuh yang mengambil masa 30 minit itu. Saya mengusap-usap kepala Najwan yang merengek-rengek keletihan. Sampailah Najwan diam...rupanya Najwan tertidur di dalam Car Seat. Tak sempat lak saya nak ambil gambar Najwan..hehe..kesiannya si manja keletihan.



Sampai di rumah pengasuh pun Najwan masih tertidur....Itulah pengalaman sebuah perjalan jauh yang tanpa henti. Sebuah perjalanan yang menuntut pengorbanan dan menguji kecekalan seorang ibu. Saya tau, bukan saya seorang yang kepenatan, begitu juga ibu mertua dan suami saya. Walau bagai manapun, saya bersyukur kerana Najwan sihat dan tidak demam walau pun mandi dan tidur yang tidak menentu. Alhamdulillah semuanya selamat. Bolehla jalan jauh lagi pas ni, Najwan dah tahan lasak..hehe..(mungkinkah???)

Saturday, May 9, 2009

PENCERITAAN SEORANG IBU




Assalamualaikum warahmatullah...


Ermmm..dah lama saya baca entri ni di blog sarakids tapi kesuntukan masa untuk membuat esei....saya sangat teruja menyertai contest ini..hehe mana tau rezeki ibu dan anak.....Walau pun saya ibu muda yang masih mencari banyak pengalam membesarkan anak yang baru lahir. Saya suka berkongsi ilmu dan pengalaman dengan ibu-ibu di luar sana....(",)


BAGI PEMBACA BLOG SETIA MUMMY SARA & SYASYA


mothers-day-contest


Anda juga berpeluang menyertai peraduan ini.


Syarat2 Penyertaan:


1) Copy paste banner di atas dan link semula ke blog Mummy sara & syasya dan ceritakan pengalaman anda menjadi seorang ibu dan juga anak kepada ibu anda. Credit akan diberi kepada penyertaan yang terdapat kisah “penyusuan/breastfeeding”.


Hadiah adalah terhad kepada 10 penyertaan esei terbaik


2) Semua penyertaan adalah bermula pada 1hb Mei 2009 dan tamat pada 5 Jun 2009


3) Keputusan adalah muktamad dan terima kasih atas penyertaan anda.


4) Cara-caranya: Anda boleh tinggalkan komen di entry ini beserta link ke blog anda, dan anda boleh meneruskan penceritaan/esei di blog masing2.


* Anda tidak perlu register di blog ini as column tersebut adalah column “log in” utk admin/moderator =)




PENCERITAAN IBU DAN ANAK


Saya adalah ibu kepada Muhammad Zakir Najwan yang dilahirkan pada 24 November 2008 yang lalu dan sekarang Najwan telah pun berusia 5 bulan 2 minggu, alhamdulillah dah besar rupanya anakku. Saya menarik nafas penuh kesyukuran melihat Najwan membesar dengan sihat. Apabila mengenangkan jerit perih menjaganya semasa dilahirkan, saya tersenyum keseorangan, sungguh penuh cabaran apabila saya melahirkan Najwan secara pembedahan.




Najwan dilahirkan 2 minggu lebih awal dari tarikh yang dijangkakan di Pusat Rawatan Islam Ar Ridhuan, Ipoh. Tanda lahir pertama telah saya rasai pada pagi Isnin jam 5.00 pagi, ketika itu saya bangun untuk menemani suami bersahur. Apabila tandanya datang saya mula panik, maklumlah anak pertama. Saya terus menelefon ibu saya dan juga ibu mertua untuk mendapatkan pandangan. Setelah membersihkan diri dan bersarapan, suami terus menghantar saya ke Pusat Rawatan.Saya sungguh bertuah kerana ibu saya dari Pulau Pinang sanggup bercuti dari kerja dan terus memandu kereta ke Ipoh demi melihat anak sulungnya bersalin, semua keluarga saya dan keluarga mertua ada di sisi.




Saya mengalami kesakitan bersalin bermula jam 8.00 pagi dan mula kerap sakit semenjak pukul 12.00 tengahari. Menurut doktor saya dijangka bersalin pada petang tersebut. Laluan telah ada cuma tak dapat buka sepenuhnya sehinggalah pukul 5.oo petang. Doktor menasihatkan saya supaya menjalani pembedahan kerana nadi saya dan anak telah lemah, saya masih ingin cuba bersalin normal sehinggalah pukul 7.30 malam, suami saya kasihan melihat saya kesakitan dan menyarankan menjalani pembedahan. Alhamdulillah saya selamat melaluinya dan anak saya lahir pada pukul 8.06 malam.




Ketika mendengar tangisan pertama anak, berderai air mata saya, bukan senang rupanya melahirkan anak. Terus fikiran saya menerawang teringatkan ibu saya yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan saya 4 beradik serta ibu mertua saya yang melahirkan 11 orang anak. Setelah habis pembedahan, saya di bawa ke wad yang mana saya ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai semua kelengkapan seperti tandas, televisyen dan sofa menunggu. Sepanjang malam suami menemani saya. Pada masa ini saya tidak boleh bergerak lagi kerana dibius separuh badan.




Jururawat membawa anak saya untuk ditatapi, saya agak sedih kerana tidak dapat memberikan susu pertama saya pada anak sebaik sahaja Najwan dilahirkan kerana saya tidak boleh bangun dan duduk, terlalu sakit. Saya hanya boleh menatap dan membelai Najwan. Pada keesokan harinya saya beransur pulih dan cepat-cepat memanggil jururawat supaya membawa anak saya untuk disusui. Dengan bersusah payah saya bangun dan cuba menyusui tetapi masih lagi tidak berjaya. Saya sedih sangat, berderai air mata saya.




Keesokannya, saya telah dibenarkan pulang dan dijaga oleh mertua kerana sukar bagi saya untuk balik ke rumah ibu saya di Pulau Pinang dalam keadaan saya begitu. Ibu saya memahami keadaan saya. Lalu berpantanglah saya di rumah mertua selama 3 minggu dan selebihnya saya berpantang di rumah ibu di Pulau Pinang.




Mertua saya seorang guru yang telah membesarkan 11 orang anak. Mertua menjaga saya begitu baik seperti anak sendiri. Saya sungguh terharu dan bersyukur. Mertualah yang membantu saya menyusukan anak sehinggalah saya boleh menyusukan anak saya sendiri. Sekali lagi saya merasa sungguh terharu kerana sebenarnya saya boleh menyusui anak saya, cuma perlukan usaha dan kecekalan yang jitu. Seronok melihat pertama kali si manja menyusui saya. Rupanya bukan mudah menjadi seorang ibu, saya perlu berjaga malam untuk menyusui anak dan pelbagai tugasan lain.




Saya mula memikirkan tentang ibu saya yang telah membesarkan saya dan adik beradik yang lain, Ibu saya akan bangun seawal 4.30 atau 5.00 pagi bersolat dan masak untuk menyediakan sarapan dan bekalan untuk kami ke sekolah setiap hari. Setelah kami semua ke sekolah ibu pergi kerja bersama ayah. Selepas penat balik berkerja , ibu terus menyediakan makan malam pula. Kadang-kadang saya bertanya juga ibu yang "bionic women" ni tak letih ke? Ibu cuma tersenyum. Pastinya ibu penat dan letih menjaga kami adik beradik, namun sedikit pun ibu tidak pernah merungut, sehinggalah kami berempat berjaya memasuki universiti dan telah mula berkerja. Sudah pastinya kami mempunyai banyak ragam semasa zaman kanak-kanak. Ibulah yang sabar melayani karenah kami. Apabila saya sakit bersalin, wajah ibu saya terus bermain-main di fikiran. Pastinya ibu mertua saya juga mengalami lebih banyak pengalaman membesarkan 11 orang anak dan 2 pasang anak kembar, tambahan pula ibu mertua saya juga berkerja sebagai seorang guru.




Lalu, saya teringatkan si manja saya. Menjaga seorang anak pun perlu kecekalan, ilmu dan kesabaran yang tinggi. Tambahan pula, saya berkerja dan setiap malam bangun menyusukan Najwan. Setiap pagi pula saya harus bangun awal menyediakan sarapan untuk suami yang juga seorang guru dan menyiapkan diri untuk ke tempat kerja seawal 7.15 pagi. Setiap pagi setelah suami ke sekolah saya akan menyiapkan anak untuk dihantar ke rumah pengasuh yang berada 2 lorong dari rumah saya.




Setelah pulang dari Pejabat pula, jika suami tidak sempat mengambil anak disebabkan aktiviti kokurikulum di sekolahnya, saya yang akan mengambil anak. Tetapi sebelum saya mengambil anak saya, saya akan membersihkan diri, solat dan menyediakan makan malam kepada suami dulu, supaya bila anak ada di rumah nanti, saya dapat meluangkan sepenuh masa denganya. Setelah tidurkan anak seawal 7.30 malam. Saya akan menunaikan solat Maghrib bersama suami dan meneruskan rutin harian seperti membasuh baju, melipat baju yang telah kering dan menyerika baju saya dan suami. Alhamdulillah, walau pun rasa letih dan penat saya bersyukur kerana boleh melakukan semua itu setiap hari. Pastinya ibu-ibu mempunyai pengalaman yang pelbagai dalam membesarkan anak.




Selamat Hari Ibu kepada semua ibu. Ketabahan dan kecekalan ibu dalam membesarkan anak yang penuh dengan jerit perih pastinya mengundang kepuasan dan kesyukuran apabila dapat melaluinya, dengan baik. Alhamdulillah.

Tuesday, April 28, 2009

NAJWAN DAH LIMA BULAN, BARU LEPAS CUCUK


Assalamualaikum warahmatullah....


Semalam 27 april 2009, umi bawa Najwan ke klinik dengan Ucu (gelaran untuk adik saya yang bongsu, tengah tunggu tawaran IPT) untuk cucuk. Awal pagi lagi umi dah siapkan Najwan. Najwan nampak excited sangat bila dipakaikan baju nak pi jalan. hehe, dia tak tau jap lagi kena cucuk.


Dah sampai ke klinik lebih kurang pukul 10.30 pagi, Najwan jumpa ramai sangat geng yang seangkatan dengan Najwan, ada yang baru lahir, ada yang nak cucuk macam Najwan dan ade yang datang cuma nak timbang je. Mulut Najwan pun bisingla seolah-lah bersembang sesuatu ngan geng nyer...hehe....Mesti Najwan nak bagitau dia syok jalan ngan umi dan ucu hari ni...


Umi pun susukan Najwan sementara tunggu turn kena periksa, lalu tertidurlah Najwan. Umi rasa lambat lagi ni, sempatlah Najwan tidur se"round". Tapi..apa kan daya, turn Najwan jadi cepat lak, setengah jam kemudian, setelah Najwan tengah syok dibuai mimpi, tiba-tiba umi letak Najwan atas penimbang, apa lagi, Najwan nangisler sekuat hati sebab kacau dia tidur...hehe...kesian Najwan....("sabar ye nak, kita nak cucuk dan timbang hari ni)


Lepas selesai timbang, tunggu lak turn nak cucuk....Masa ni hati Najwan dah tenang dah..tak nangis dah...hinggalah tiba turn najwan dicucuk, nangis ler najwan, tapi apa yang best, setiap kali Najwan dicucuk, Najwan akan nangis kesakitan pada masa tu je, pas keluar dari bilik cucuk, terus Najwan diam "memang najwan hero "kata umi..hehe


Alhamdulillah..memang setiap kali pas cucuk Najwan tak derlah demam, cuma dedor2 je....normal ler untk semua baby....tapi apa yang menarik tentang Najwan setelah umur lima bulan ni, Najwan dah mula kenal orang, ade orang yang Najwan suka didukung ade yang Najwan tak nak...hehe..macam2...


Kalau nak tidur, Najwan mesti cari umi, dia tak nak orang lain, (Erm manja betul anak umi ni)...kalau abi yang tidurkan, dia boleh senyum2 nak main ngan abi...eee..tak leh jadi ni..umi gak kena tidurka....kalau dapat ngan abi..smapai esok pun najwan nak main...hehe...lagi satu kalau lama dia tak jumpa saudara mara yang lain, Najwan akan nangis kejap sebab tak kenal, pas tu dalam 10 minit tu, dia dah kenal, dia nak ler didukung....Haaa...sebut bab dukung pulak...sekarang ni dah tak nak baring2 dah, nampak je umi ngan abi atau sesapa, mesti nak dukung, ("Najwan nak jalan-jalan" tu ler hajat Najwan hari2)hehe...


Alhamdulillah, Najwan dah besar....semoga sentiasa dilindungi dan diberi kesihatan oleh Allah selalu, jadi anak yang soleh...ameen...

Monday, April 13, 2009

MENJADI SEORANG IBU PERLU BERSEDIA SEGALANYA


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....

Saya merasa sangat teruja dengan ibu-ibu di luar sana yang bekerjaya tetapi boleh beri full breastfeeding pada bayi sampai umur 2 tahun...Saya rasa saya mampu cuma saya rasa kesal sikit sebab saya tidak bersedia semasa pantang....setelah membuat pemerhatian ke atas bebarapa blog dan membuat sedikit resarch berkaitan penyusuan susu ibu barulah saya sedar bahawa saya perlu melengkapkan ilmu pengetahuan dan sedikit pengalaman ibu-ibu di luar sana untuk persediaan saya menyusukan anak. Sepatutnya saya perlu membaca semua ini ketika saya mengandung supaya saya tidak terlambat menyimpan stok susu semasa saya berpantang dan dapatlah saya beri kepada pengasuh apabila sudah mula bekerja....saya rasa sedikit kesal dan sedih...kerana kesedaran yang timbul dalam diri saya agak lambat setelah saya mula bekerja barulah saya mencarai pelabagai kaedah untuk membanyakkan susu...tapi alhamdulillah...walau pun tak dapat menyusukan anak sepenunhya, namun anak masih lagi meyusu saya ketika saya pulang ke rumah nanti....saya rasa agak cemburu dengan ibu-ibu yang bekerjaya dan dapat beri full breastfeeding pada anak....tahniah..anda adalah ibu yang sangat berjaya...saya sangat kagum dengan anda...insya Allah saya akan lebih bersedia pada masa akan datang....



Erm...selain bersedia dengan memberi susu ibu...kenalah bersedia bangun dan berjaga malam...bila kita bersedia tak delah rasa ngantuk sangat kan...ingat lagi masa saya berpantang dulu.....rasa ngantuk dan letih sangat bila anak nak menysusu malam...tapi sebaik sahaja melihat wajah si manja terus hilang rasa letih...rasa excited nak menyususkan si manja...insya Allah...pas ni saya akan lebih bersedia untuk memberi susu penuh pada anak....kerana dalam Al Quran juga ada menyebut mengenai galakan memberi susu ibu sehingga umur 2 tahun...banyak hikmahnya penyusuan ibu ini, di samping dapat mengeratkan rasa kasih dan sayang antara ibu dan anak, dengan cara penyusuan bayi juga dapat mengurangkan risiko barah payu dara, dapat mengecilkan rahim di samping dapat memberi kekuatan antibodi pada bayi untuk melawan penyakit....Insya Allah...sama-sama kita berdoa ye agar kita semua dapat memberikan yang terbaik pada si manja...


Thursday, April 9, 2009

PENGALAMANKU SEMASA ANAK DEMAM
















Alhamdulillah ...Najwan dah semakin sihat...sekarang Najwan telah berusia 4 bulan 2 minggu. Sebelum ini Najwan tak pernah demam, mungkin juga sebab saya menyusukan Najwan walau pun saya bekerja.


Walau bagaimanapun semasa Najwan telah berusia 3 bulan Najwan telah jarang menyusu dan hanya mahu menyusu botol je...Saya agak sedih dan hampir berputus asa. Mungkin sebab Najwan semakin membesar dan susu makin kurang jadi Najwan tidak mahu lagi menyusu saya sehinggakan 2 minggu lepas Najwan diserang demam panas dan sakit mulut.




Saya menjadi sangat risau dan membawa Najwan ke Klinik bersama suami. saya mengambil cuti 2 hari untuk menjaga Najwan dan cuba menyusukan Najwan walaupun terpaksa memaksa Najwan menyusu saya. Pada mulanya Najwan menangis kerana tak mahu menyusu. Lama kelamaan Najwan menyusu juga, saya sungguuh terharu sebab Najwan mula menyusu saya semula. Tanpa saya sedar, air mata saya berderai ke pipi. Saya terpaksa memaksa Najwan menyusu kerana saya yakin khasiat susu ibu yang dapat memberikan antibodi yang kuat kepada bayi.


Besar hikmahnya, walau pun Najwan tak sihat dan langsung tak boleh menyusu botol disebabkan Najwan terkena sakit mulut, tapi alhamdulillah, sejak hari itu, najwan telah menyusu saya sehingga sekarang. Alhamdulillah.


Semasa anak demam, Najwan asyik menangis sebab tak selesa tidur dan hampir setiap malam saya berjaga. Saya mula memikirkan ibu saya ketika membesarkan saya dan adik-adik saya yang lain, sungguh sabar dan besar pengorbanan seorang ibu. Walau pun saya letih dan sedih, tapi setiap kali saya teringatkan pengorbanan ibu, saya terus bersemangat menjaga anak hingga sihat. Saya yakin, semua ibu di luar sana mempunyai pelbagai pengalaman menjaga anak yang tak sihat kan.


Alhamdulillah sekarang najwan dah kembali sihat dan ceria, tapi saya pula terkena selsema dan hampir demam. Cepat-cepat saya carikan ubat takut anak terkena jangkitan...hehe....gelabah juga.


Sekarang Najwan semakin ceria dan montel dan dah pandai meniarap, terhibur rasa hati...(",)