Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 19, 2009

NAJWAN DAN PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN


Assalamualaikum semua....hai..ape khabor..hehe...wahhh nampak ceria ummi hari ni ye..alhamdulillah...sebenarnya ummi tak sabar nak menyambur bulan Ramadhan pada tahun ini, berdebar pun ada, maklumlah pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang ibu kepada seorang anak yang berusia 9 bulan. Jadi ..sudah pastinya ibu merancang untuk mengururskan masa dengan sebaiknya pada bulan Ramadhan.



Erm..antara perkara yang perlu ummi berikan perhatian ialah seperti berikut...hehe:



(a) Ummi perlu bangun awal untuk menyediakan sahur dan pada masa yang sama ummi cuba pastikan Najwan masih tidur..hehe kalau tak mungkin sedikit sebanyak akan mengambil sedikit sebanyak masa ummi menyediakan sahur dan bersahur bersama abi..(",)




(b) Ummi perlu menyediakan juadah berbuka puasa dan masa yang sama ummi dan abi tidak mengabaikan Najwan sebaik sahaja abi membawa Najwan pulang ke rumah dari rumah Pengasuh.




(c) Seterusnya pada waktu berbuka puasa juga ummi perlu berbuka puasa dengan abi dan masa yang sama ummi kena jaga Najwan, sama ada bawa Najwan makan bersama ataupun tidurkan Najwan, hehe tapi sekarang Najwan dah tak nak tido awal..Najwan nak main. Jadi ummi kena sediakan tempat duduk untuk Najwan...untuk Najwan melayan aktiviti hariannya..hehe




(d) Ermm..ni mungkin waktu yang paling "crucial". Selepas solat Maghrib, kebiasannya ummi akan bersiap sedia untuk ke Masjid mengikuti abi ke Masjid atau surau untuk bersolat Terawikh.....selalunya abi akan mendapat jemputan sebagai pentazkirah ...dan pada waktu yang sama mungkin dalam pukul 9.00 - 9.30 malam, Najwan akan mula merengek-rengek memberi "signal" nak tido....dan ummi perlu bersedia untuk tidurkan Najwan pada waktu ini sekiranya ummi membawa Najwan ke masjid atau ke surau...




Jadi ..bagi perkara-perkara di atas ummi ingin berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang telah berpengalaman menyambut Ramadhan bersama anak-anak untuk memberikan sedikit tips kepada ummi bagaimana cara terbaik pada waktu "crucial" tersebut??hehe...


Ok...ummi berdoa agar segalanya berjalan lancar di bulan Ramadhyan nanti...insya Allah (",)

4 comments:

  1. ermm..kite pun baru nk rasa pengalaman pertama di bulan ramadhan as a mother..huhu...banyak dh cabarannya kan...so tunggu la org berpengalaman beri respon ek.. :)

    ReplyDelete
  2. Hehe...betul-betul..betul..(dalam nada upin dan ipin )

    ReplyDelete
  3. pengalaman akak seblm ni hana tidaklah mencabar sngt menyambut ramadhan bersama si kecil cuma kali ini dengan si fahmi akak rasa ada sikit kesukaran..krn fahmi ni asyik nk nk mengepit je..hihihi

    ReplyDelete
  4. Kak Noamee....Selamat Menyambut Ramadhan...berdebar lak nak tempuhi Ramadhan..dengan celoteh si manja..hehe (",)Harap-harap dapat menunaikan Terawikh dengan sempurna (",)

    ReplyDelete