Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label CETUSAN RASA. Show all posts
Showing posts with label CETUSAN RASA. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

HARI-HARI YANG SIBUK BERSAMA DUA CAHAYA HATI







Assalamualaikum semua.....

Nampaknya sudah berhabuk laman sesawang anakku ini. Lepas bersalin pada 25 Julai yang lalu, hari-hariku menjadi bertambah sibuk setelah mempunyai dua cahaya hati yang sungguh manja dan comel, hik hik. Hari-hari yang dilalui bertambah ceria dengan keletah kedua-dua cahaya hatiku ini. Walau pun tanggungjawab dan komitmen sebagai ibu bertambah berat. Namun hilang rasa letih ini bila terpandangkan dua cahaya hatiku.

Hari berganti hari, Muhammad Zakir Najwan iaitu putera sulungku telah mencapai umur dua tahun pada 24 November 2010 iaitu semalam. Insya Allah sambutan hari lahir dan doa selamat akan diadakan di rumah mertua pada hari esok kerana hari lahir abi chunya pula pada 25 November 2010. Insya Allah akan disambut sekali dengan ulang tahun perkahwinan ku pada 30 November 2010 ini.

Nurul Insyirah Annadhirah pula telah berusia 4 bulan. Alhamdulillah puteriku ini telah belajar meniarap . Asyik nak meniarap je sekarang ni, hehe. Dan anak kedua kali ini, ummi telah bertekad untuk menyusu badan sepenuhnya. Alhamdulillah setakat ni berjaya dengan kekuatan yang diberi Allah. Setiap hari ummi akan buat stock susu untuk Insyirah. Di ofis juga mengambil sedikit masa untuk membuat stock susu. Alhamdulillah, dan kelebihan menyusu baby ni, ramai yang cakap ummi bertambah slim. dan memang betul pun, ummi timbang dah 50 kg..dulu sebelum melahirkan anak kedua, berat asal asyik 54 kg je tak nak turun2 hehe. Semoga maintainla hendaknya.


Najwan yang berusia 2 tahun sehari dah pandai cakap sebutir sebutir dan semakin jelas perkataannya. Hehe, tengah seronok bercakap ni. Hari-hari nak bercerita dengan ummi, abi dan adiknya.Insyirah pula dok belajar meniarap. Alhamdulillah. Seronok melihat perkembangan anak-anak membesar, Hati ummi menjadi berbunga-bunga setiap hari, hehe. Ya Allah berikan yang terbaik untuk anak-anakku.Insya Allah

Thursday, April 15, 2010

CONTEST MY IMAN FIRST GIVE AWAY

Assalamualaikum semua....
wah nampaknya ummi Najwan ni semakin bersemangat menyertai contest mama-mama ni sebabnya boleh menambahkan kenalan, bertukar ilmu dan pengalaman dengan mama , ibu dan ummi semua...hehe..satu lagi contest yang Najwan join adalah contest di bawah ini. Jom kita join ramai-ramai (",)
Anda boleh klik di sini untuk menyertai contest KLIK UNTUK JOIN CONTEST

'Create

Gambar di atas adalah banner yang ditampal untuk contest kali ini...(",) 
dan gambar di bawah adalah gambar Najwan yang demam ...
Semoga Iman cepat sembuh dan dilindungi Allah selalu ya..
Ummi sertakan doa untuk Najwan untuk gambar di bawah seperti berikut (",)



Nama: Muhammad Zakir Najwan bin Mohd Nabil Majdi
Gambar diambil ketika berusia : 8 bulan
Umur sekarang : 1 tahun 4 bulan 2 minggu
Panggilan untuk ibu: Ummi

DOA
Ya Allah Yang Maha Pengasihani Lagi Maha Penyayang
Tiada dayaku untuk memohon pertolongan melainkan hanya padaMu Ya Allah
Berikanlah kesihatan yang baik kepada anakku
Semoga anakku sentiasa sihat, dilindungi olehMu dari segala bencana 
dan  membesar dengan ceria
Sekiranya ini adalah ujian untukku bagi menambahkan keimanan kepadaMu Ya Allah
Maka cekalkan hatiku untuk menempuh ujian ini dengan sentiasa bergantung kepadaMu
Sesungguhnya engkau Yang Mendengar doa-doa hambaMu..
Maka makbulkan Ya Allah
Jadikanku ibu yang sabar dan redho
Cekalkan hatiku untuk meneruskan kehidupan ini demi anakku Ya Allah
Semoga anakku sentiasa sihat dan dilindungi olehMu Ya Allah
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang
Ameen 


Monday, November 30, 2009

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU NAJWAN

Najwan sedang merenung masa depannya (",) Selamat Hari Lahir sayang, semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat ye (",)


Inilah Abi Chu Najwan yang sehari lewat dari birthday Najwan...sekarang ni Abi Chu la teman sepermainan Najwan sementara menanti sepupu-sepupu Najwan membesar iaitu Syifa' dan Ahmad.

Najwan begitu bersemangat meniti dan berjalan-jalan (",)
lepas ni larila pulak ye..hehe


Najwan bersama ummi, abi dan abi chunya..bergambar bersama (",)


Assalamualaikum semua...

Nampaknya ummi terlupa untuk mencoretkan sambutan Hari Lahir Najwan pada 24 November 2009 yang lepas di sini...Alhamdulillah Najwan telah pun genap setahun dan kini Najwan semakin aktif dan suka mengajuk-ajuk cakap ummi dan abi...Hehe..bukan setakat tu je..Najwan juga suka meniru apa yang Ummu dan abi buat. Contohnya kalau tepuk lantai, Najwan akan tepuk lantai, kalau tepuk, Najwan pun tepuk kalau ummu ngan abi cakap ..Najwan pun nak ikut cakap gak tapi dalam bahasa Najwan la..hehe..

Alhamdulillah..sekarang juga telah berpindah ke rumah baru yang lebih selesa.Dan ini merupakan hadiah hari Lahir Najwan yang terbesar buat masa ini iaitu memberi keselesaan kepada Najwan untuk pembesaran dan rangsangan mindanya..Hehe..Najwan boleh meneroka rumah ini sepuas hatinya sebab rumah ini lebih bersih berbanding rumah sebelumnya..

Buat pengetahuan semua, Najwan mempunyai seorang bapa saudara yang juga baru berusia 5 tahun pada 25 November 2009 yang lepas. Jadi jarak usianya tidaklah terlalu jauh dengan Najwan dan sekarang mereka dah boleh berkawan dan bermain bersama. Disebabkan Najwan lahir pada 24 November dan bapa saudanya yang dipanggil Abi Chu lahir pada 25 November, maka ibu mertua saya telah mengadakan sambutan hari lahir dan Majlis Doa selamat untuk mereka berdua dan juga tidak ketinggalan sambutan hari Lahir untuk anak saudara saya yang baru lahir pada 2 November 2009 yang lepas iaitu Ahmad Abdul Ra'of bin Haziq.


Kenduri doa selamat tersebut diadakan di rumah ibu mertua saya dan disambut dengan penuh kesyukuran dan meriah apabila ramai berkumpul pada majlis tersebut termasuk keluarga biras saya (Haziq) dan juga keluarga saya yang datang dari Pulau Pinang. Memang meriah malam tu. Terima kasih pada ibu mertua saya dan adik2 yang banyak membantu pada majlis tersebut. Najwan dan Abi Chu kelihatan begitu gembira setelah mendapat hadiah hari lahir dari saya dan suami serta mertua saya, adik saya juga tidak ketuinggalan memberi hadiah kepada mereka...Seronok tengok mereka berdua bergelak ketawa.


Ummi doakan semoga Najwan sentiasa sihat, ceria dan sentisa dilindungi Allah selalu. Ummi juga mendoakan Najwan menjadi anak yang cerdik dan soleh serta berjaya di dunia dan akhirat. Selamat Hari Lahir sayang. Ummi dan Abi sayang sangat Najwan..(",)



Tuesday, November 3, 2009

JALAN-JALAN DI ZOO NEGARA BERSAMA NAJWAN


Assalamualaikum semua...mama-mama..ummi-ummi dan para ibu. Semoga sentiasa ceria bersama si manja anda. Alhamdulillah dapat juga ummi menulis setelah lama ummi tak tulis tentang kisah Najwan....Susah benar nak cari masa sekarang ni...ish..ish..apepun hari ini ummu nak berkongsi cerita dengan semua tentang Najwan yang "excited" di bawa ke Zoo Negara Seronoknya dapat bawa Najwan jalan-jalan di Zoo Negara...Macam-macam aksi Najwan yang "excited" melihat haiwan-haiwan tu bergerak-gerak..hehe...


Tengok gambar kat atas tu..aksi Najwan yang manja dan asyik didukung oleh ayahChik nya yang tak jemu melayan Najwan. Najwan pun happy sangat...kalau tak larat dukung Najwan, ummi pun bergilir-gilir dukung ngan Abi...Nak bagi Najwan jalan, kesian lak dia letih..jauh perjalanan dalan zoo ni..nak bagi Najwan naik "Strolley" tak best lak..sebab Najwan tak dapat nak tengok haiwan-haiwan tu secara "live" .Jadi..dukung je la (",) Kadang-kadang bila Najwan "excited" dia boleh lompat-lompat atas kepala ayah chik nya..hehe




Inilah aksi Najwan bersama ummi dan abi ketika berjalan-jalan di Zoo Negara


Ini pula muka Najwan yang keletihan setelah pusing satu Zoo Negara.

Ini pula wajah ceria ummi ngan abi yang masih lagi tak letih-letih berjalan (",)

Haaaa....tengok tu..."excitednya" Najwan tengok binatang ape tu???



Najwan, Umi, Abi dan mak-mak saudaranya bergambar di Zoo Negara.


Haaaa...tengok tu Najwan yang tak puas-puas tengok haiwan-haiwan di situ...(",)

Najwan sempat lagi berposing dengan abi...(",)
Emmm...yang pastinya pengalaman membawa Najwan berjalan-jalan di Zoo Negara sambil memperkenalkan nama-nama haiwan kepada Najwan adalah satu pengalaman berharga dan menarik..Pas ni nak merancang bawa Najwan bercuti pula...Masih lagi belum berpeluang kerana kesibukan berkerja.."Insya Allah cuti sekolah nanti ye sayang..."kata ummi pada Najwan..Najwan pun tersengih keseronokan..hehe..

Thursday, July 9, 2009

RINDUNYA KAT NAJWAN









Alhamdulillah ummi berjaya melepasi Kursus selama 5 hari bermula 1 hingga 5 Julai yang lepas. Ummi berjaya melawan rasa rindu dan kini ummi telah berada di rumah untuk bersama di sisi Najwan dan Abi...hehe..Susah sangat masa hari pertama nak pergi kursus.



Masa tu 30 Jun 2009, ummi amik kerja separuh hari je sebab nak packing dan bersiap ke Putrajaya sebelum bertolak ke Johor pada keesokan harinya. Abi menasihatkan ummi supaya kuatkan semangat dan adik ummi (Angah) pun menasihatkan ummi agar tidak terlalu sedih semasa berjauhan dengan Najwan. angah cakap, ummi yang kena kuat semangat kalau tak nanti anak tak sihat pula rindukan ummi. Masa hari Selasa tu, ummi banyak menghabiskan masa dengan Najwan sebelum bertolak ke KL Ummi rasa agak selesa nak meninggalkan Najwan kerana ada adik ipar ade di rumah untuk tengok-tengokkan Najwan bila abi pergi kerja. Alhamdulillah. Terima Kasih Mak Ndak panggilan yang dipanggil oleh Najawan.



Ummi bertolak ke Kl lambat sangat sebab berat sangat hati ummi nak tinggalkan Najwan. Pukul 9malam baru bertolak ke KL, sampai sana pukul 12.30 lebih. Adik ummi yang bawa ummi ke Kl dan menumpang di rumahnya di Putrajaya. Masa nak pergi tu Ummi peluk Najwan erat dan cium Najwan sambil menitiskan air mata. Najwan pun seperti faham je, Najwan pun peluk ummi erat dan cium ummi. Pandai Najwan (",) Faham ye, duduk elok2 ye, jangan sedih-sedih, ummi sentiasa ingatkan Najwan. Huhu..tak tahan masa ni, terus ummi masuk kereta.




Dipendekkan cerita, setibanya ummi di tempat kursus di Gunung Pulai, Johor, terus ummi minta abi sendkan mesej bergambar Najwan. Setiap hari ummi akan minta abi sendkan gambar2 Najwan. Antara gambar-gambar yang telah disend adalah seperti berikut, hehe ayat skema:-


Najwan sedang menunggu untuk disuap makanan oleh Mak Ndaknya...(",)




Najwan semasa bangun tidur, suami cakap dia macam susah nak tidur masa saya takde..selalunya memang Najwan tidur atas tilam je, tapi disebabkan Najwan susah tidur Mak Ndak tidurkan Najwan dalam buaian, kadang-kadang atas tilam.


Najwan sedang berselera makan.




Najwan tengah relax sambil memegang botol susunya (",)




Najwan tengah cari mood nak tidur, ni masa hari pertama . Suami bagitau Najwan susah sangat nak tidur masa hari pertama, sebab selalunya saya yang tidurkan Najwan..huhu..sedih masa ni...takpe..Be a good boy ye sayang (",)




Hah, Najwan dah dapat tidur..tu pun atas tilam..Najwan tak biasa tidur atas buaian...(",)



Najwan tengah relax atas katil bersama abinya semasa suami baru balik kerja...




Najwan semasa hari pertama, malam tu dia macam tercari-cari ummi untuk tidurkan Najwan..huhu :(



Najwan bangun tidur pada hari kedua... Cari ummi ye...nanti ummi balik ye...
I miss u so much..(",)


Abi cerita pada ummi yang Najwan ni masa ummi ade kalau nak ummi selalu merengek-rengek sambil sebut ma..ma...ma...umm..mi..mi..mi... sambil menangis.... sambil memandang Ummi minta didukung. Tapi semenjak ummi tak de..Najwan tak de pun bunyi cam tu..cuma hari ketiga Najwan dah bunyi macam tu..agaknye, baru teringat ummi kot...Terharunya ummi dengar abi cerita pasal Najwan.




Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Abi telah ambil ummi dari tempat kursus hingga ke rumah..sesampainya di rumah pukul 1.00 pagi..Najwan dah tidur..Ummi cium Najwan, Najwan tersenyum sambil tidur..Agaknya Najwan mimpi ummi kot..hehe. Dan keesokannya, ummi ambil cuti untuk bersama Najwan. Apabila ummi tinggalkan Najwan sekejap pun, dah meronta-ronta nangis...agaknya masa nilah Najwan nak tunjuk perasaan yang Najwan rindukan ummi dan tak mahu ditinggalkan lagi...oooohhh sungguh ummi terharu....(",)

Wednesday, May 6, 2009

IBU ADALAH SEGALANYA....


Assalamualaikum...kepada semua ibu di dunia, berbangga dan bersyukurlah menjadi ibu , walau pun kerja kita banyak, di pejabat, di rumah, mengasuh anak , menjaga makan minum suami dan macam-macam lagi...semuanya penuh erti dengan ikhlas di jiwa ..satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila melihat anak-anak kita membesar ddan berjaya nanti, insya Allah...Oleh itu, kita juga harus sentiasa mengingati semua pengorbanan ibu kita (",) kerana ibu adalah segalanya.


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak



Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak



Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak

Tak sabar menuggun perkataan pertama dari mulut Najwan yang memanggil diriku..UMMI..pasti tika itu sungguhku rasa terharu ...(",)

Thursday, April 9, 2009

PENGALAMANKU SEMASA ANAK DEMAM
















Alhamdulillah ...Najwan dah semakin sihat...sekarang Najwan telah berusia 4 bulan 2 minggu. Sebelum ini Najwan tak pernah demam, mungkin juga sebab saya menyusukan Najwan walau pun saya bekerja.


Walau bagaimanapun semasa Najwan telah berusia 3 bulan Najwan telah jarang menyusu dan hanya mahu menyusu botol je...Saya agak sedih dan hampir berputus asa. Mungkin sebab Najwan semakin membesar dan susu makin kurang jadi Najwan tidak mahu lagi menyusu saya sehinggakan 2 minggu lepas Najwan diserang demam panas dan sakit mulut.




Saya menjadi sangat risau dan membawa Najwan ke Klinik bersama suami. saya mengambil cuti 2 hari untuk menjaga Najwan dan cuba menyusukan Najwan walaupun terpaksa memaksa Najwan menyusu saya. Pada mulanya Najwan menangis kerana tak mahu menyusu. Lama kelamaan Najwan menyusu juga, saya sungguuh terharu sebab Najwan mula menyusu saya semula. Tanpa saya sedar, air mata saya berderai ke pipi. Saya terpaksa memaksa Najwan menyusu kerana saya yakin khasiat susu ibu yang dapat memberikan antibodi yang kuat kepada bayi.


Besar hikmahnya, walau pun Najwan tak sihat dan langsung tak boleh menyusu botol disebabkan Najwan terkena sakit mulut, tapi alhamdulillah, sejak hari itu, najwan telah menyusu saya sehingga sekarang. Alhamdulillah.


Semasa anak demam, Najwan asyik menangis sebab tak selesa tidur dan hampir setiap malam saya berjaga. Saya mula memikirkan ibu saya ketika membesarkan saya dan adik-adik saya yang lain, sungguh sabar dan besar pengorbanan seorang ibu. Walau pun saya letih dan sedih, tapi setiap kali saya teringatkan pengorbanan ibu, saya terus bersemangat menjaga anak hingga sihat. Saya yakin, semua ibu di luar sana mempunyai pelbagai pengalaman menjaga anak yang tak sihat kan.


Alhamdulillah sekarang najwan dah kembali sihat dan ceria, tapi saya pula terkena selsema dan hampir demam. Cepat-cepat saya carikan ubat takut anak terkena jangkitan...hehe....gelabah juga.


Sekarang Najwan semakin ceria dan montel dan dah pandai meniarap, terhibur rasa hati...(",)

BLOG UNTUK IBU (",)


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....


Alhamdulillah...saya telah dapat menerbitkan satu lagi blog baru susulan dari blog saya yang terdahulu iaitu http://inspirasihana.blogspot.com yang banyak memaparkan artikel-artikel berbentuk nasihat, pengajaran dan pengalaman. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini saya begitu teruja untuk menulis pengalaman diri membesarkan anak sulung saya iaitu Muhammad Zakir Najwan. Dari semasa ke semasa saya mula menulis pengalaman diri membesarkan Najwan dalam blog yang lalu sehinggakan saya mendapat cadangan dari pembaca untuk membuat satu lagi blog khas untuk menceritakan pengalaman sebagai seorang ibu. Saya sungguh menghargai pendapat tersebut. Terima Kasih...Jadi bolehlah saya menumpukan penulisan berkaitan inspirasi wanita, pedoman dan nasihat di dalam blog yang terdahulu dan blog ini cuma menceritakan pengalaman sebagai seorang ibu untuk dikongsi bersama.