Najwan sedang merenung masa depannya (",) Selamat Hari Lahir sayang, semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat ye (",)
Inilah Abi Chu Najwan yang sehari lewat dari birthday Najwan...sekarang ni Abi Chu la teman sepermainan Najwan sementara menanti sepupu-sepupu Najwan membesar iaitu Syifa' dan Ahmad.
Najwan bersama ummi, abi dan abi chunya..bergambar bersama (",)
Assalamualaikum semua...
Nampaknya ummi terlupa untuk mencoretkan sambutan Hari Lahir Najwan pada 24 November 2009 yang lepas di sini...Alhamdulillah Najwan telah pun genap setahun dan kini Najwan semakin aktif dan suka mengajuk-ajuk cakap ummi dan abi...Hehe..bukan setakat tu je..Najwan juga suka meniru apa yang Ummu dan abi buat. Contohnya kalau tepuk lantai, Najwan akan tepuk lantai, kalau tepuk, Najwan pun tepuk kalau ummu ngan abi cakap ..Najwan pun nak ikut cakap gak tapi dalam bahasa Najwan la..hehe..
Alhamdulillah..sekarang juga telah berpindah ke rumah baru yang lebih selesa.Dan ini merupakan hadiah hari Lahir Najwan yang terbesar buat masa ini iaitu memberi keselesaan kepada Najwan untuk pembesaran dan rangsangan mindanya..Hehe..Najwan boleh meneroka rumah ini sepuas hatinya sebab rumah ini lebih bersih berbanding rumah sebelumnya..
Buat pengetahuan semua, Najwan mempunyai seorang bapa saudara yang juga baru berusia 5 tahun pada 25 November 2009 yang lepas. Jadi jarak usianya tidaklah terlalu jauh dengan Najwan dan sekarang mereka dah boleh berkawan dan bermain bersama. Disebabkan Najwan lahir pada 24 November dan bapa saudanya yang dipanggil Abi Chu lahir pada 25 November, maka ibu mertua saya telah mengadakan sambutan hari lahir dan Majlis Doa selamat untuk mereka berdua dan juga tidak ketinggalan sambutan hari Lahir untuk anak saudara saya yang baru lahir pada 2 November 2009 yang lepas iaitu Ahmad Abdul Ra'of bin Haziq.
Kenduri doa selamat tersebut diadakan di rumah ibu mertua saya dan disambut dengan penuh kesyukuran dan meriah apabila ramai berkumpul pada majlis tersebut termasuk keluarga biras saya (Haziq) dan juga keluarga saya yang datang dari Pulau Pinang. Memang meriah malam tu. Terima kasih pada ibu mertua saya dan adik2 yang banyak membantu pada majlis tersebut. Najwan dan Abi Chu kelihatan begitu gembira setelah mendapat hadiah hari lahir dari saya dan suami serta mertua saya, adik saya juga tidak ketuinggalan memberi hadiah kepada mereka...Seronok tengok mereka berdua bergelak ketawa.
Ummi doakan semoga Najwan sentiasa sihat, ceria dan sentisa dilindungi Allah selalu. Ummi juga mendoakan Najwan menjadi anak yang cerdik dan soleh serta berjaya di dunia dan akhirat. Selamat Hari Lahir sayang. Ummi dan Abi sayang sangat Najwan..(",)
Hepi Besday to Najwan!! waa dh cukup umur setahun ye Najwan, pasti akalnya pun makin panjang nih! Hope jd anak yg soleh ye.. Najwan makin bumbum pipinyer...geram auntie tengok ^_^..
ReplyDeleteHehe..terima kasih untie..untie ni pembaca setia cerita Najwan..ummi jemput datang umah kalau datang Ipoh..boleh berkongsi cerita..hehe (",)
ReplyDeletesalam kak hana,
ReplyDeletesanah hilwah ya najwan..semoga menjadi anak yang soleh..
bila n kasi adik kat najwan ni..?
Emm...tahun depan kot...hehe (",)thanx rafiza...akak dah bertukar sepenuhnya kpd cloth diapers..cubalah..baik untuk baby (",)
ReplyDelete