Assalamualaikum semua....
wah nampaknya ummi Najwan ni semakin bersemangat menyertai contest mama-mama ni sebabnya boleh menambahkan kenalan, bertukar ilmu dan pengalaman dengan mama , ibu dan ummi semua...hehe..satu lagi contest yang Najwan join adalah contest di bawah ini. Jom kita join ramai-ramai (",)
Anda boleh klik di sini untuk menyertai contest KLIK UNTUK JOIN CONTEST
Gambar di atas adalah banner yang ditampal untuk contest kali ini...(",)
dan gambar di bawah adalah gambar Najwan yang demam ...
Semoga Iman cepat sembuh dan dilindungi Allah selalu ya..
Ummi sertakan doa untuk Najwan untuk gambar di bawah seperti berikut (",)
Nama: Muhammad Zakir Najwan bin Mohd Nabil Majdi
Gambar diambil ketika berusia : 8 bulan
Umur sekarang : 1 tahun 4 bulan 2 minggu
Panggilan untuk ibu: Ummi
DOA
Ya Allah Yang Maha Pengasihani Lagi Maha Penyayang
Tiada dayaku untuk memohon pertolongan melainkan hanya padaMu Ya Allah
Berikanlah kesihatan yang baik kepada anakku
Semoga anakku sentiasa sihat, dilindungi olehMu dari segala bencana
dan membesar dengan ceria
Sekiranya ini adalah ujian untukku bagi menambahkan keimanan kepadaMu Ya Allah
Maka cekalkan hatiku untuk menempuh ujian ini dengan sentiasa bergantung kepadaMu
Sesungguhnya engkau Yang Mendengar doa-doa hambaMu..
Maka makbulkan Ya Allah
Jadikanku ibu yang sabar dan redho
Cekalkan hatiku untuk meneruskan kehidupan ini demi anakku Ya Allah
Semoga anakku sentiasa sihat dan dilindungi olehMu Ya Allah
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang
Ameen
salam kyong...wah...gud luck ye..najwan dh besar ni mudhn xde demam selalu ye..najwan kena sihat selalu nk tlg ummi jg adik nti (^_^)
ReplyDeleteTo Mama Ahmad @ Kak Yang..
ReplyDeleteAlhamdulillah semenjak setahun lebih ni antibodi Najwan makin kuat...sihat dan ceria...semoga sentiasa sihat dan dilindungi Allah..hehe..kyang masuk contest Face Expression kan..banyak syarat nye kan..susah lak nak masuk ..hehe...terima kasih atas cadangan semua contest di atas..hehe..good Luck to you too..(",)