Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, May 9, 2009

PENCERITAAN SEORANG IBU




Assalamualaikum warahmatullah...


Ermmm..dah lama saya baca entri ni di blog sarakids tapi kesuntukan masa untuk membuat esei....saya sangat teruja menyertai contest ini..hehe mana tau rezeki ibu dan anak.....Walau pun saya ibu muda yang masih mencari banyak pengalam membesarkan anak yang baru lahir. Saya suka berkongsi ilmu dan pengalaman dengan ibu-ibu di luar sana....(",)


BAGI PEMBACA BLOG SETIA MUMMY SARA & SYASYA


mothers-day-contest


Anda juga berpeluang menyertai peraduan ini.


Syarat2 Penyertaan:


1) Copy paste banner di atas dan link semula ke blog Mummy sara & syasya dan ceritakan pengalaman anda menjadi seorang ibu dan juga anak kepada ibu anda. Credit akan diberi kepada penyertaan yang terdapat kisah “penyusuan/breastfeeding”.


Hadiah adalah terhad kepada 10 penyertaan esei terbaik


2) Semua penyertaan adalah bermula pada 1hb Mei 2009 dan tamat pada 5 Jun 2009


3) Keputusan adalah muktamad dan terima kasih atas penyertaan anda.


4) Cara-caranya: Anda boleh tinggalkan komen di entry ini beserta link ke blog anda, dan anda boleh meneruskan penceritaan/esei di blog masing2.


* Anda tidak perlu register di blog ini as column tersebut adalah column “log in” utk admin/moderator =)




PENCERITAAN IBU DAN ANAK


Saya adalah ibu kepada Muhammad Zakir Najwan yang dilahirkan pada 24 November 2008 yang lalu dan sekarang Najwan telah pun berusia 5 bulan 2 minggu, alhamdulillah dah besar rupanya anakku. Saya menarik nafas penuh kesyukuran melihat Najwan membesar dengan sihat. Apabila mengenangkan jerit perih menjaganya semasa dilahirkan, saya tersenyum keseorangan, sungguh penuh cabaran apabila saya melahirkan Najwan secara pembedahan.




Najwan dilahirkan 2 minggu lebih awal dari tarikh yang dijangkakan di Pusat Rawatan Islam Ar Ridhuan, Ipoh. Tanda lahir pertama telah saya rasai pada pagi Isnin jam 5.00 pagi, ketika itu saya bangun untuk menemani suami bersahur. Apabila tandanya datang saya mula panik, maklumlah anak pertama. Saya terus menelefon ibu saya dan juga ibu mertua untuk mendapatkan pandangan. Setelah membersihkan diri dan bersarapan, suami terus menghantar saya ke Pusat Rawatan.Saya sungguh bertuah kerana ibu saya dari Pulau Pinang sanggup bercuti dari kerja dan terus memandu kereta ke Ipoh demi melihat anak sulungnya bersalin, semua keluarga saya dan keluarga mertua ada di sisi.




Saya mengalami kesakitan bersalin bermula jam 8.00 pagi dan mula kerap sakit semenjak pukul 12.00 tengahari. Menurut doktor saya dijangka bersalin pada petang tersebut. Laluan telah ada cuma tak dapat buka sepenuhnya sehinggalah pukul 5.oo petang. Doktor menasihatkan saya supaya menjalani pembedahan kerana nadi saya dan anak telah lemah, saya masih ingin cuba bersalin normal sehinggalah pukul 7.30 malam, suami saya kasihan melihat saya kesakitan dan menyarankan menjalani pembedahan. Alhamdulillah saya selamat melaluinya dan anak saya lahir pada pukul 8.06 malam.




Ketika mendengar tangisan pertama anak, berderai air mata saya, bukan senang rupanya melahirkan anak. Terus fikiran saya menerawang teringatkan ibu saya yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan saya 4 beradik serta ibu mertua saya yang melahirkan 11 orang anak. Setelah habis pembedahan, saya di bawa ke wad yang mana saya ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai semua kelengkapan seperti tandas, televisyen dan sofa menunggu. Sepanjang malam suami menemani saya. Pada masa ini saya tidak boleh bergerak lagi kerana dibius separuh badan.




Jururawat membawa anak saya untuk ditatapi, saya agak sedih kerana tidak dapat memberikan susu pertama saya pada anak sebaik sahaja Najwan dilahirkan kerana saya tidak boleh bangun dan duduk, terlalu sakit. Saya hanya boleh menatap dan membelai Najwan. Pada keesokan harinya saya beransur pulih dan cepat-cepat memanggil jururawat supaya membawa anak saya untuk disusui. Dengan bersusah payah saya bangun dan cuba menyusui tetapi masih lagi tidak berjaya. Saya sedih sangat, berderai air mata saya.




Keesokannya, saya telah dibenarkan pulang dan dijaga oleh mertua kerana sukar bagi saya untuk balik ke rumah ibu saya di Pulau Pinang dalam keadaan saya begitu. Ibu saya memahami keadaan saya. Lalu berpantanglah saya di rumah mertua selama 3 minggu dan selebihnya saya berpantang di rumah ibu di Pulau Pinang.




Mertua saya seorang guru yang telah membesarkan 11 orang anak. Mertua menjaga saya begitu baik seperti anak sendiri. Saya sungguh terharu dan bersyukur. Mertualah yang membantu saya menyusukan anak sehinggalah saya boleh menyusukan anak saya sendiri. Sekali lagi saya merasa sungguh terharu kerana sebenarnya saya boleh menyusui anak saya, cuma perlukan usaha dan kecekalan yang jitu. Seronok melihat pertama kali si manja menyusui saya. Rupanya bukan mudah menjadi seorang ibu, saya perlu berjaga malam untuk menyusui anak dan pelbagai tugasan lain.




Saya mula memikirkan tentang ibu saya yang telah membesarkan saya dan adik beradik yang lain, Ibu saya akan bangun seawal 4.30 atau 5.00 pagi bersolat dan masak untuk menyediakan sarapan dan bekalan untuk kami ke sekolah setiap hari. Setelah kami semua ke sekolah ibu pergi kerja bersama ayah. Selepas penat balik berkerja , ibu terus menyediakan makan malam pula. Kadang-kadang saya bertanya juga ibu yang "bionic women" ni tak letih ke? Ibu cuma tersenyum. Pastinya ibu penat dan letih menjaga kami adik beradik, namun sedikit pun ibu tidak pernah merungut, sehinggalah kami berempat berjaya memasuki universiti dan telah mula berkerja. Sudah pastinya kami mempunyai banyak ragam semasa zaman kanak-kanak. Ibulah yang sabar melayani karenah kami. Apabila saya sakit bersalin, wajah ibu saya terus bermain-main di fikiran. Pastinya ibu mertua saya juga mengalami lebih banyak pengalaman membesarkan 11 orang anak dan 2 pasang anak kembar, tambahan pula ibu mertua saya juga berkerja sebagai seorang guru.




Lalu, saya teringatkan si manja saya. Menjaga seorang anak pun perlu kecekalan, ilmu dan kesabaran yang tinggi. Tambahan pula, saya berkerja dan setiap malam bangun menyusukan Najwan. Setiap pagi pula saya harus bangun awal menyediakan sarapan untuk suami yang juga seorang guru dan menyiapkan diri untuk ke tempat kerja seawal 7.15 pagi. Setiap pagi setelah suami ke sekolah saya akan menyiapkan anak untuk dihantar ke rumah pengasuh yang berada 2 lorong dari rumah saya.




Setelah pulang dari Pejabat pula, jika suami tidak sempat mengambil anak disebabkan aktiviti kokurikulum di sekolahnya, saya yang akan mengambil anak. Tetapi sebelum saya mengambil anak saya, saya akan membersihkan diri, solat dan menyediakan makan malam kepada suami dulu, supaya bila anak ada di rumah nanti, saya dapat meluangkan sepenuh masa denganya. Setelah tidurkan anak seawal 7.30 malam. Saya akan menunaikan solat Maghrib bersama suami dan meneruskan rutin harian seperti membasuh baju, melipat baju yang telah kering dan menyerika baju saya dan suami. Alhamdulillah, walau pun rasa letih dan penat saya bersyukur kerana boleh melakukan semua itu setiap hari. Pastinya ibu-ibu mempunyai pengalaman yang pelbagai dalam membesarkan anak.




Selamat Hari Ibu kepada semua ibu. Ketabahan dan kecekalan ibu dalam membesarkan anak yang penuh dengan jerit perih pastinya mengundang kepuasan dan kesyukuran apabila dapat melaluinya, dengan baik. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. hana..keadaan najwan dan anak akak semasa nak dilahirkan ada persamaan.Akak pun melahirkan secara pembedahan kecemasan kerana nadi anak akak mulai lemah krn terlilit tali pusat.

    Selamat Hari Ibu Hana.

    bertuah hana ada ibu mertua yang baik...akak tak pernah rasai belaian ibu mertua krn dia dah meninggal dunia sebelum akak bernikah dgn suami.Ibu akak sendiri pun jauh.

    ReplyDelete
  2. kak noamie...bersabarlah ye...semoga kita menjadi ibu yang cekal (",) selamat hari ibu juga....

    ReplyDelete
  3. Selamat hari ibu Hana,

    jemput ke blog kakyong, ada hadiah jambangan bunga hari ibu.. :)

    http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/makbonda-ku.html

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI IBU KAK YONG...HEHE..NAK PI AMIKLA JAMBANGAN BUNGA KAT BLOG KAK YONG (",)TERIMA KASIH..SEMOGA KAK YONG JUGA TERUS MENJADI IBU YANG CEKAL...

    ReplyDelete