Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, May 21, 2009

Pertama kali berjalan jauh sehingga lewat malam


Assalamualaikum warahmatullah


Hari ini saya ingin berkongsi cerita berkenaan perjalanan jauh kami sekeluarga. Pada hari Sabtu yang lepas iaitu 16 Mei, keluarga di sebelah suami saya membuat sedikit kenduri kesyukuran kerana bapa mertua (abah) akan bertolak ke London untuk berkursus selama 2 bulan pada keesokan harinya. Majlis kesyukuran tersebut berlangsung selepas Maghrib. Selalunya, Najwan akan mula tidur semasa Maghrib sampaila esok paginya, cuma akan bangun sekejap-sekejap untuk menyusu.


Nak dijadikan cerita pada malam tersebut, Najwan mula meragam kerana tidak dapat tidur seperti biasa, maklumlah tempat tersebut panas dan sesak dengan orang ramai. Saya pun agak panik juga la....selalunya Najwan nak tidur lepas saya menyusu dan memeluknya...tapi malam tu Najwan macam tak nak sangat dekat saya...huhu..sedih gak...pas tu suami dukung Najwan sampaila Najwan tertidur walau pun sambil nangis....kesian Najwan....Bila Najwan dah tidur, saya terus ribakan Najwan dan bawa Najwan tidur dalam kereta. Alhamdulillah, Najwan dah boleh tidur. Masa tu jam dah pukul 10.00 malam. Maksudnya Najwan dah terlewat 2 jam setengah dari waktu biasa najwan tidur, patutlah dia meragam (",)
















Pada keesokan paginya, pukul 5.30 pagi kami sekeluarga dah bertolak dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk menghantar adik ipar mendaftar di kolej persediaan belajar di luar negara. Saya pun bangun seawal 4.00 pagi untuk menyiapkan diri dan menyiapkan Najwan. Kesian Najwan, dia terjaga pukul 4.30 pagi semasa saya nak salinkan bajunya....Ingatkan Najwan nak nangis sebab tak puas tidur, rupanya dia membulatkan matanya sambil tersenyum-senyum..hehe...sejuk hati saya tengok Najwan walau pun masa tu rasa letih sangat...(",)




Kami tiba di tempat pendaftaran adik ipar (Nana) di INTEC, Shah Alam pada pukul 9.00 pagi. Saya memangku Najwan dari pukul 9.00 pagi sampailah 12 tengahari sambil Najwan tertidur atas saya keletihan. Itulah perjalanan jauh Najwan buat kali pertama yang membuatkan Najwan tidur sekejap-sekejap sahaja. Bila Najwan terjaga, saya rasa tangan saya mula kebas-kebas dan badan saya mulalah terhoyong hayang. mungkin keletihan agaknye lagi pun, Najwan sekarang ni dah hampir 8kg beratnya. Cuba bayangkan saya memangku Najwan sepanjang perjalanan dari Ipoh ke KL dan seterusnya menunggu pendaftaran dari pukul 9.00 pagi hingga 12 lebih...urgghhh...sakit tangan...hehe...(sabar...itulah pengorbanan seorang ibu) . Najwan pun tak dapat lagi nak mandi pagi masa tu. Selepas menghantar adik ipar berdaftar di kolejnya. Kami sekeluarga pun bertolak ke rumah saudara di Shah Alam dan berehat di sana sebelum menghantar abah ke KLIA pula. Di rumah saudaralah saya memandikan Najwan. Najwan nampak lebih ceria selepas mandi dan menyusu. Kemudian terus tertidur. Kesian Najwan..nampak benar keletihannya....



Selepas makan dan berehat di rumah saudara, kami pun mula bertolak ke KLIA pada pukul 6.30 petang. Tiba di KLIA hampir pukul 8.30 malam. Abah akan menaiki Flight pada pukul 11.00 malam. Sekali lagi Najwan meragam disebabkan tidak cukup tidur dan mungkin keletihan agaknye. Saya pun dah tak karuan dibuatnya. Setelah bersalaman dengan abah, saya minta diri dulu untuk pergi jauh ke satu sudut di KLIA tersebut untuk menyusu dan menidurkan anak. Alhamdulillah, Najwan dah mula ok dan tertidur pada pukul 9.30 malam. Saya terus memangku Najwan sehingga hampir 11.00 malam.



Pada pukul 12.00 malam kami sekeluarga mula bertolak ke Ipoh...dan saya terus memangku Najwan yang terus tidur keletihan....Tangan saya mula rasa sakit dan kebas yang amat sangat.....Namun saya cekalkan jua hati demi keselesaan anak yang tidur keletihan. (",) Kami sekeluarga tiba di Ipoh setelah jam hampir pukul 4.00 pagi disebabkan kami terpaksa berhenti di beberapa perhentian disebabkan suami keletihan memandu. Di sepanjang perjalanan malam itu, saya langsung tak dapat melelapkan mata disebabkan tangan yang sakit memangku anak di samping terus berbual dan menemani suami supaya suami tidak mengantuk semasa memandu. Kasihan anak dan suami keletihan (",) Tapi kami sekeluarga rasa puas disebabkan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai anak sulung dengan menghantar adik ipar dan mertua ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan urusan masing-masing.




Walau pun kami sekeluarga sampai lewat pagi ke rumah, kami tetap pergi berkerja pada keesokan harinya. Ibu mertua pergi ke sekolah seawal 7.00 pagi, suami pula keluar ke sekolah seawal 6.45 pagi dan saya meminta kebenaran dari boss saya untuk masuk ke pejabat agak lewat disebabkan saya perlu menguruskan rumah dan menghantar anak kepada pengasuh. Walau pun kepala dan tangan saya merasa sakit-sakit disebabkan perjalanan jauh tersebut, saya gagahkan jua diri untuk ke pejabat . Setelah bersiap-siap dan mengemas rumah. Saya pun meletakkan anak di Car Seat di sebelah tempat duduk saya. Sambil saya memandu dari rumah mertua ke rumah pengasuh yang mengambil masa 30 minit itu. Saya mengusap-usap kepala Najwan yang merengek-rengek keletihan. Sampailah Najwan diam...rupanya Najwan tertidur di dalam Car Seat. Tak sempat lak saya nak ambil gambar Najwan..hehe..kesiannya si manja keletihan.



Sampai di rumah pengasuh pun Najwan masih tertidur....Itulah pengalaman sebuah perjalan jauh yang tanpa henti. Sebuah perjalanan yang menuntut pengorbanan dan menguji kecekalan seorang ibu. Saya tau, bukan saya seorang yang kepenatan, begitu juga ibu mertua dan suami saya. Walau bagai manapun, saya bersyukur kerana Najwan sihat dan tidak demam walau pun mandi dan tidur yang tidak menentu. Alhamdulillah semuanya selamat. Bolehla jalan jauh lagi pas ni, Najwan dah tahan lasak..hehe..(mungkinkah???)

8 comments:

  1. salam..
    mmg letih kalo bwk anak2 berjalan jauh ni.. sy sendiri kalo bwk anak balik kg hubby kt pahang yg perjalanan mengambil masa 4 jam, mmg kene sabar je... twins dok dlm car seat, ok la, yg sorg lg kene pangku sbb kereta kami x muat nk letak 3 carseat, hehe...

    p/s: sy mcm kenal la husbnd awak.. budak uia kan?? awk pun budak uia ke??

    ReplyDelete
  2. syah nur...a'ah..kami berdua dari UIA (",) cam ne kenal yerk..wah mantapla..dua car seat dalam satu kereta..cam ne pengalaman jaga kembar..susah tak???

    ReplyDelete
  3. awal najwan tidur yer..fahmi susah nak tidur siang..plng siang pun pkl 10 mlm..tp mlm dia tk jaga..cuma klu lapar sgnt je...

    wahh semangat tul badan najwan..bulat n tembam..suka akak tngk.

    cuti sekolah ni akak nak naik taiping..tak tahulah camne dgn fahmi..fahmi mmg diam klu g jln2..tp klu jln jauh ni tak tahulah akak..akak mungkin naik keretapi.

    ReplyDelete
  4. Kak Naomee ....alhamdulillah Najwan mudah tidur malam...biasanya pukul 7.30 malam dah mula tidur..dulu masa 4 bulan lebih Najwan susah gak nak tidur...semenjak tu saya tidurkan Najwan tutup lampu..sambil menyusu sambil tepuk Najwan..alhamdulillah..lagipun waktu petang Najwan aktif main..susah nak tido./.agaknyer sebab tu kot Najwan senang tidur malam....

    ermm..bab tembam ni..mungkin Najwan dah mula makan biskut rusk heinz..2 kali makan 2 keping sekali makan...mungkin sebab tu badan najwan bertambah naik..alhamdulillah....akak cubala bagi fahmi makan biskut ni...rusk jenama heinz...

    akak nak datang taiping ke??jemputla singgah ipoh ye..kalau nak datang nanti tinggalkan ler pesanan utk hana..ok akak..take care...teruskan menjadi ibu yang cekal (",)

    ReplyDelete
  5. salam hana,

    tahan lasak rupernya najwan.. bagus la camtu.. mudah utk masa2 akan dtg... ;)

    ReplyDelete
  6. Kak yong..alhamdulillah ..harap2nye begitulah(",)

    ReplyDelete
  7. salam..

    insyaAllah.. najwan lebih kuat dan tabah lepas ni! amiin!

    ReplyDelete