Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, May 26, 2009

RESIPI UNTUK BAYI (",)






Alhamdulillah, pada 24 Mei 2009 yang lalu Najwan dah berumur 6 bulan, dan berat semalam ialah 7kg. Ermmm...cepatnye Najwan membesar. Seronok tengok perkembangan anak, dan hari ni Najwan akan mula makan bubur nasi . Semalam saya sempat masakkan bubur nasi untuk Najwan dan pagi ni saya sempat hantarkan ke rumah pengasuh. Harapnya Najwan suka makan bubur nasi tersebut. Hehe banyaknyer saya tulis perkataan semalam dan hari ni..takpelah kan.... Semalam saya pergi ke klinik bawa Najwan untuk ditimbang, nurse kat situ cakap, tak elok bagi baby makan nestum atau biskut segera tu, kalau boleh elakkan anak makan makanan yang segera macam tu sebab manis. Biarlah kita yang masakkan sendiri. Maklumlah air tangan ummi yang masah, semoga diberkakti makanan tu, untuk pembesaran anak juga (",)




Bagi memenuhi selera Najwan, tangan saya mula mencari resipi-resipi bubur nasi yang sesuai untuk bayi. Resipi untuk Bayi ni saya ambil dari anakbonda.blogspot.com, maklumlah teruja nak masak bubur nasi sendiri untuk Najwan, (",)


Resipi masakan kentang
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi


Bubur Nasi
Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.



Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.




Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...


Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan



Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.


Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.


Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.



Ini resipi Hanna pulak.
Masakkan bubur nasi macam biasa dengan kentang atau carrot. Masukkan semuanya sekali. Ikan bilis pula digoreng dan ditumbuk. Masa nak bagi Najwan makan hidangkan bubur nasi, dan taburkan ikan bilis goreng yang ditumbuk tadi. Pasti menarik selera. Insya Allah.
Ibu semua boleh mencuba. Kalau ada resipi yang lain, bolehla kita berkongsi resipi (",) SELAMAT MENCUBA...

28 comments:

  1. wah best nih leh buat koleksi resepi tuk aqil nanti..anyway tahniah najwan dah selangkah membesar:)

    ReplyDelete
  2. Hanna-Ummu NajwanMay 26, 2009 at 1:10 PM

    Terima kasih mama aqil..ade resipi lain ke??boleh kita share....seronokkan masak sendiri untuk anak...tu yang nak tambah resipi lagi...bagi anak membesar dengan sihat hasil tangan kita sendiri (",)

    ReplyDelete
  3. selamat menjamu selera najwan,,, dah 6 bulan yer..

    ReplyDelete
  4. Kak Yong...terima kasih selalu komen (",)

    ReplyDelete
  5. kak, najwan 6 bln = 7kg... Anak sy 4 bln = 7kg..kuang..kuang..kuang... dia pun dah mula berckp dgn bahasanya sendiri.. seronok kan dgr bahasa bdk kecik nih..

    emm... mcm best je resepi2 yg akak bg nih.. lg 2 bln blh la sy buat utk fathi. dia pun tak sabor dah nak mkn tu.. asik meleleh je air liur dia bila tgk org mkn..kesian pulak.

    ReplyDelete
  6. Hehe...ye ke...wah besarnye fathi...mantap...(",)

    ReplyDelete
  7. askum, kak hana..saya fareena..nak tnyer sikit..utk buburbayi 6 bulan ni..kalau saye masak lebih..bubur lebih tu boleh tak simpan dan dihangatkan..sebab anak saya tak pnah abis kan bubur..

    ReplyDelete
  8. Fareena sorry ye lama akak tak update...kalau boleh tak elok simpan bubur tu untuk baby..seelok2nya masak sikit je..selalunya akak masak setengah pot je untuk baby,,makan dari pagi sampai petang..tengahari je panaskan sekali..ok..selamat mencuba (",)

    ReplyDelete
  9. i memang cari resipi baru for my son..terjumpa kat carian google blog u nih..thank for sharing the recipes..

    ReplyDelete
  10. bagusla resipi ni anak saya 9 bulan berat badan dia berkuranga sebab sekarang di buas bermain so thanks pasal resipi ni....

    ReplyDelete
  11. Lip dan Zuraidah..terima kasih datang ke blog saya..jemput datang lagi (",)

    ReplyDelete
  12. blk umah ntn nk cb buat kt baby plk lah...baby dh nk msk 8 bln..tpp kekadg pening nk siapkn mkn bg baby suka mkn...

    ReplyDelete
  13. anak kta 5 bulan 7.5Kg...kuang2....

    ReplyDelete
  14. salam..

    anak saya sudah satu tahun. sejak seminggu yang lepas, dia kurang selera makan. dah susut sikit badan dia, tp dia mmg aktif. saya dah pening kepala nak masak ape untuk dia. nak bagi bubur,dia mmg tak suka..dia suka makan disuap dgn tangan. selama ni saya buat ns lembik makan dgn sup/kuah dal..kadang2 bagi mash potato..n selama ni ok je dia makan. baru2 ni je..maybe nak tukar selera.

    sekarang dia dah ade gigi 4 batang..so, nak bagi makan yg keras2 belum boleh lagi..harap hana dapat kongsi idea dan pendapat untuk saya yg buntu ini..

    ReplyDelete
  15. Salam...

    Sekarang I tgh buat Puri carrot ngan epal letak dpm peti sejuk dan bekukan..ok la untuk wanita yg bekerja..cume time nak masakkan bubur je perlu masa lebih..last2 terpaksa gne nestum beras...

    ReplyDelete
  16. salam.hana,sy pun jmpe blog awk mse search resepi utk bayi.ank sy br m'cecah usia 9bln,sy pun cbe utk m'pelbagaikn resepi utknya.tp,ada kmusykilan,dh blh ke kita berik bayi 9bln mkn keju,memndgkn kndungn garam dlm keju tu?

    ReplyDelete
  17. salam, baby saya dah msuk 1 tahun, dia dah kurang makan..mungkin bg pandangan saya dia dah jemu dengan sesi makanannya..sesiapa blh tak kalo bagi idea untuk sesi makannya pada pagi, petang dan malam...

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah...resipi yg sgt baik tuk bb...terima kasih ummi najwan...smga anak2 kte membesar dgn baik..

    ReplyDelete
  19. mama sufi, shah alamJanuary 12, 2012 at 9:41 PM

    alhamdulillah.. Teruja tgk resepi2 td, xsabar nk masakkn utk sufi genap 6bln pada 25jan2012 nanti.. Hehe..Semoga anak2 kita membsr dgn baik.. Hasil dri air tgn ibu, yg penting halalan thoyyiba..moga ada barakah.. InsyaALLAH.. Bimbg lihat remaja sekrg..

    ReplyDelete
  20. tq... x sbr nk cba utk si comel amirul mklumlah dia lbh ska mkn mknan yg dimsak ibunya.. nestum mmg dia x mkn

    ReplyDelete
  21. i memang cari resipi baru for my son..terjumpa kat carian google blog u nih..thank for sharing the recipes..

    ReplyDelete
  22. terjumpa blog ni terus add as follower...bagus resipi...blh try utk my baby..btw, jmpot la ke blog sy...:)

    ReplyDelete
  23. hai semua... sy pun main petik jugak... kita saling follow2 lah yea..

    ReplyDelete
  24. Bgs2 la resipi kat sini..anak saya..balqis..asyik sebut mamam..mamam..jer :) ..serpnok dia mkn..bselera betul.. Adiza umi balqis

    ReplyDelete
  25. tq utk resepi..sedang mempelbagaikan makanan utk anak 9 bulan.lg 1 cuma nak berkongsi maklumat.sy ada baca buku Annabel..lebih baik kita kukus makanan mcm kentang, carrot n brocoli sbb vit c dia akan kekal walau dimasak.sekiranya direbus vit c akan mudah hilang sbb vit c mudah serap dalam air.

    ReplyDelete
  26. Salam, banyaknye resepi, leh la try next time...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Jemput juga untuk menjadi follower untuk mendapatkan special price untuk produk Shaklee. TQ for your support.

    ReplyDelete